KFC Double Down ‘semua isi, tanpa roti’ kini kembali sekali lagi atas permintaan ramai! Kali ini nikmati kelazatan dan keenakan berganda dengan pengenalan Cheezilla Double Down baharu yang akan dilancarkan esok bersama satu-satunya Zinger Double Down.
Konsep luar biasa ‘semua isi, tanpa roti’ Zinger Double Down ini tidak perlu diperkenalkan lagi. 100% daging ayam dalam setiap gigitan yang menjanjikan 100% rasa hebat dengan dua filet Zinger Hot & Spicy yang mengapit kepingan ayam rangup, kepingan keju, mayonis dan curahan sos keju jalapeno.
Cheezilla Double Down gergasi baharu menjanjikan keenakan dalam setiap suapan. Burger ini sememangnya salah satu hidangan unik KFC: lazat, tanpa roti dan disempurnakan dengan patty keju mozarella yang digoreng sehingga perang keemasan selain memberikan kepuasan tarikan keju dan lengkap dengan tekstur gebu, lembut dan kenyal.
“Salah satu ciptaan KFC yang tersendiri, Double Down kini kembali dengan lebih gah untuk peminat kami yang telah lama menunggu kemunculan burger hebat tanpa roti ini. Zinger Double Down ikonik pertama kali diperkenalkan pada tahun 2012 dan ia tidak pernah mengecewakan peminat setiap kali dibawa kembali. Kami teruja dengan pelancaran kali ini kerana peminat bakal meraih kelazatan berganda dengan Double Down! Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Cheezilla Double Down baharu bersama Zinger Double Down, dicipta khas untuk kepuasan dalam hidangan anda,” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.
Kedua-dua Double Down boleh didapati secara A la carte, Kombo atau Box Meal bermula esok di seluruh restoran KFC Semenanjung Malaysia sahaja, sementara stok masih ada. Dapatkannya secara mudah dan selamat melalui KFC Delivery, Self-collect dan Pandu Ambil. Layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi KFC Malaysia.