Dalam dunia hotel mewah, nama Park Hyatt Kuala Lumpur tidak lagi memerlukan pengenalan panjang. Menginap di sini menjadi impian ramai, manakala setiap pengalaman yang ditawarkan sering dikaitkan dengan kemewahan dan citarasa tinggi.
Sebab itulah apabila Park Hyatt Kuala Lumpur melancarkan koleksi kuih bulan sempena sambutan Mid-Autumn Festival, ia bukan sekadar satu lagi promosi bermusim.
Sebaliknya, ia menjadi peluang untuk menikmati sentuhan jenama mewah itu dalam bentuk hadiah yang elegan, sama ada untuk keluarga, rakan mahupun kenalan perniagaan.
Tahun ini, Park Hyatt Kuala Lumpur memperkenalkan koleksi Taste of Heritage, yang mengangkat tradisi Mid-Autumn menerusi gabungan resipi klasik dan inovasi moden. Setiap kuih bulan dihasilkan dengan teliti, menampilkan keseimbangan antara rasa, tekstur dan persembahan yang menjadi identiti hotel bertaraf dunia.
Antara pilihan menarik ialah mooncake snow skin berperisa Peach Tea & Cream Cheese, Black Tea Mochi dan Noble Delight yang diinspirasikan daripada buah naga.
Peminat kuih bulan bakar pula boleh mencuba Black Tea Mung Bean, manakala siri coklat artisanal menawarkan gabungan Milk Chocolate with Peanut Butter Crunch dan Calamansi.
Bagi penggemar durian, pilihan Musang King kekal sebagai antara tarikan utama dalam koleksi tahun ini.
Selain isi kandungannya, pembungkusan juga diberi perhatian khusus. Koleksi empat biji kuih bulan didatangkan dalam Heritage Box yang diinspirasikan daripada elemen seni bina dan reka bentuk Park Hyatt Kuala Lumpur, menjadikannya sebuah kotak simpanan yang boleh digunakan semula selepas musim perayaan berakhir.

Bagi mereka yang mahukan hadiah yang lebih ringkas tetapi tetap eksklusif, Classic Box dengan dua biji mooncake tampil dengan kemasan minimalis serta pemegang berinspirasikan kulit yang menyerlahkan sentuhan sofistikated.
Dalam pasaran yang menawarkan pelbagai pilihan kuih bulan setiap kali tibanya Mid-Autumn Festival, Park Hyatt Kuala Lumpur mempertaruhkan sesuatu yang berbeza.
Bukan sekadar rasa, tetapi pengalaman memiliki produk daripada salah sebuah hotel paling berprestij di Malaysia. Ia adalah hadiah yang membawa bersama nilai eksklusiviti, seni dan kemewahan yang sinonim dengan jenama Park Hyatt.
Koleksi Taste of Heritage boleh ditempah bermula 17 Ogos 2026, dengan pengambilan dan penghantaran bermula 1 September 2026. Ia ditawarkan pada harga RM188 bagi Classic Box, dan RM288 untuk Heritage Box .

