Bulan Ramadan bakal menjelma dan pasti ramai tercari-cari tempat untuk berbuka puasa sama ada bersama teman-teman dan ahli keluarga.

Kami di Travellah juga tidak ketinggalan mencuba pelbagai juadah aneka restoran di sekitar Lembah Kelang sempena bulan Ramadan yang akan tiba sekitar seminggu lagi.

Antara yang kami syorkan adalah sajian buka puasa di Talia World, Kampung Melayu Subang yang bertema Selera Al-Mubarak.

Selain makanan yang lazat pada harga yang sangat berpatutan, kawasan restorannya juga sangat luas dan diwarnai dengan persembahan alunan muzik tradisional semasa menjamu selera.

Harga buat tempahan awal atau ‘Early Bird’ adalah RM 75 seorang jika membuat tempahan dari sekarang hingga 11 Mac. Manakala harga biasa adalah RM 85 seorang untuk dewasa dan RM 40 untuk kanak-kanak dari 5 hingga 12 tahun.

Di sini kami kongsikan beberapa gambaran hidangan mereka yang memang lazat dan menyelerakan!

Jadi tunggu apa lagi. Buat tempahan sekarang!

Share:
, , , , , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah