PlayMade, jenama teh boba Taiwan yang digemari, kini sedang meraikan pencapaian terbesar apabila berjaya menerima pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) secara rasmi pada 18 Februari lalu.
Terkenal dengan boba buatan tangan dan konsep dapur terbuka, pensijilan ini memastikan semua aspek minuman PlayMade mematuhi piawaian halal yang ketat, memberikan keyakinan kepada pelanggan muslim untuk menikmati hidangan mereka tanpa ragu-ragu.
Ketua Pegawai Boba PlayMade Malaysia, Michael Tan, pihaknya menganggap penerimaan sijil halal adalah lebih daripada sekadar kejayaan.

“Ia adalah janji kami terhadap rakyat Malaysia bahawa setiap ramuan dan proses penyediaan kami mematuhi piawaian integriti yang tertinggi.”
“Sejak pelancaran kami di Malaysia, kami komited untuk menyampaikan bukan sahaja teh boba yang lazat tetapi juga pengalaman jenama yang dibina atas kepercayaan dan kualiti. Kini, setiap rakyat Malaysia boleh menikmati minuman buatan tangan kami dengan tanpa sebarang kebimbangan dan ketenangan fikiran.”
Promosi beli 1, percuma 1
Sempena menyambut bulan Ramadan, PlayMade Malaysia menawarkan promosi beli 1 percuma 1 khas untuk semua penggemar teh boba buatan tangan.
Promosi ini sah dari jam 6:00 petang hingga dapur ditutup sepanjang bulan Ramadan ini. Tawaran masa terhad ini diberikan khas untuk memudahkan para pelanggan PlayMade dalam membuat persiapan untuk berbuka puasa.





Sejak memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2023, PlayMade telah memikat peminat teh boba dengan dedikasinya terhadap bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi serta tekstur dan perisa boba yang unik.
PlayMade, dengan lebih 28 cawangan di seluruh dunia, kini mengembangkan jejaknya dengan pantas dan kekal komited terhadap kualiti dan keterangkuman.
Di Malaysia, tiga daripada empat cawangannya disahkan halal, dengan yang keempat masih lagi dalam proses pensijilan, mengukuhkan dedikasi jenama itu terhadap kebolehcapaian.