Ayam percik, menu yang tidak pernah lapuk di telan zaman. Bukan sahaja popular di musim-musim perayaan, bahkan ayam percik juga dinikmati pada bila-bila masa.
Apa tidaknya, menu ini cukup membuka selera kerana paduan rempah-ratusnya yang istimewa. Bagi anda yang mahu menyediakan menu ini sendiri di rumah, apa kata anda cuba resipi yang disediakan oleh Chef Selebriti, Dato’ Fazley Yaakob ini. Pasti tidak mengecewakan!
Bahan-bahan:
2 peha ayam
10 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar cili giling
1 batang serai
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar gula melaka
Bahan-bahan untuk kuah:
1 cawan santan cair
1 cawan ‘cooking cream’
15 ulas bawang merah
2 sudu besar cili giling
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili
3 inci halia
1 batang serai
1 limau nipis
1 sudu besar gula melaka
1 sudu besar udang geragau
4 lembar daun limau purut
1 sudu teh madu
Cara-cara:
1) Kisar bahan- bahan untuk perapan ayam, Perap ayam selama 30 minit. Kemudian, panggang atau bakar ayam di dalam ketuhar.
2) Sementara ayam dibakar teruskan membuat kuah percik, kisar bawang merah, halia, masukkan air limau nipis serta serai bersama sedikit air.
3) Masukkan ke dalam pot atau kuali, masak bersama serbuk kunyit, udang geragau dan cili giling. Kemudian masukkan santan dan ‘cooking cream’ serta daun limau purut.
4) Setelah masak masukkan gula melaka dan madu.
Kredit foto : SukaSucre Studio