Buffet Citarasa Nusantara adalah tema untuk berbuka puasa atau lebih dikenali sebagai Iftar pada tahun 2022 di Royale Chulan Damansara. Tahun ini, kami memperkenalkan pilihan tempat makan untuk berbuka puasa dengan memberi tumpuan kepada masakan tradisional citarasa nusantara. Terletak di tengah bandar yang sibuk, Petaling Jaya, dan masakan kontemporari dengan servis terkemuka, Royale Chulan Damansara menawarkan Iftar yang menyelerakan sesuai untuk berbuka bersama ahli keluarga atau rakan bisnes.
Para tetamu disajikan dengan lebih 200 jenis aneka juadah yang disediakan oleh Chef Eksekutif, Chef Abd Rahim Awang. dan di antara menu istimewanya adalah Kambing Golek, Ayam panggang mutiara, Baker-bakar BBQ, Seafood on ice, Aneka sup, Serawa durian dan pelbagai jenis hidangan yang lain.Para tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan nyayian dari Kumpulan Ghazal Harmonika Perdana juga solat tarawih bersama Imam Aliff setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Dengan gabungan muzik ghazal untuk menemani iftar anda, bufet iftar ini boleh digambarkan sebagai pesta makanan dan dimeriahkan lagi dengan lebih 200 hidangan untuk tetamu yang hadir. Setelah berbuka puasa dengan pelbagai juadah kueh melayu dan kurma Arab, tetamu boleh menikmati bufet mewah yang terdiri daripada hidangan melayu asli dan kontemporari termasuk beberapa hidangan antarabangsa yang akan menyempurnakan juadah iftar anda. Hotel menawarkan lebih 200 hidangan dengan kepakaran dalam. Di samping itu, hotel juga menyediakan 15 gerai masakan langsung dan juadah pencuci mulut yang enak.
Para pengguna Affin Debit dan kredit kad dapat menikmati diskaun istimewa RM98nett seorang (dewasa) Harga biasa RM128Nett.
Promosi bufet buka puasa ini bermula dari 7 April sehingga 2 May 2022 dan dijual pada harga RM128.00 nett (Dewasa) RM98 nett (Senior Citizen) RM68nett (Kanak-kanak 4-10 tahun)
Untuk penempahan, sila hubungi 016 220 0397 | 03 7959 9000