Setelah lebih 3 tahun beroperasi di Batu 3, Shah Alam, restoran D’Warees Resipi (Kari Kepala Ikan) kini beroperasi di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor. Perpindahan ini adalah dek penangan populariti yang diraih selepas hidangan kari kepala ikannya menjadi bualan ramai.

Untuk keselesaan pelanggan, mereka perlu berpindah supaya pelanggan boleh menjamu dengan selesa dan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan tempat duduk.

Dimiliki oleh Ahmad Tarmizi Khalid dan isterinya, Akmalzulaila Mohamad, D’Warees  Resipi menjanjikan hidangan kari kepala ikan yang sedap dan murah berbanding restoran-restoran kari kepala ikan yang lain (termasuklah kedai mamak). Ini kerana mereka menggunakan resipi turun-temurun kedua-dua belah keluarga yang berasal dari Pahang.

“Resepi kari kepala ikan yang dihidangkan di restoran kami ini diwarisi daripada kedua ibu kami berdua. Dalam masa yang sama, kami juga ada buat penambahbaikan untuk menghasilkan resipi yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya masyarakat Melayu yang begitu menyukai rasa kari yang enak,”ujar Tarmizi.

Tambah Tarmizi lagi, olahan resepi kari kepala ikan ini mengikut pendapat majoriti pelanggan yang datang ke gerai mereka. Setiap hari, D’Warees Resipi mampu menjual sehingga 50-70 ketul kepala ikan pelbagai jenis seperti ikan merah, jenahak, kerapu dan mayong.

Bagi memastikan pelanggan mendapat rasa ikan yang segar, bekalan kepala ikan diambil pada setiap hari di pasar borong berhampiran, iaitu seawal jam 4.00 pagi.

Mengikut rekod mereka, saiz kepala ikan terbesar yang pernah dihidangkan kepada pelanggan adalah seberat 7 kilogram! Selain daripada menu kari kepala ikan yang sentiasa menjadi buruan pelanggan, terdapat juga lain-lain menu lain yang memikat selera.

Antaranya ialah Ikan Keli salai masak lemak, rendang daging, kari kambing, kari daging masak lemak nangka, asam pedas, kurma daging, pajeri nenas, dan tidak ketinggalan, ulam-ulaman serta sambal belacan.

Kari kambing
Ulam-ulaman

Melengkapkan lagi kunjungan ke sini, D’warees Resipi turut menyediakan sajian kuih-muih melayu seperti onde-onde, lepat dan lompang, dan tiwul ayu. Sebagai info, D’warees Resipi pernah muncul sebagai restoran pilihan untuk program Jalan-Jalan Cari Makan, terbitan TV3 serta mendapat liputan program Wanita Hari Ini.

D’Warees Resepi dibuka pada setiap hari (kecuali Jumaat), dari jam 6.30 pagi hingga jam 5.00 petang. Jika anda tidak mahu kecewa, atau ingin membuat tempahan awal jenis kepala ikan yang diidamkan, boleh menghubungi talian 017-3242140 atau 017-3663987

Selain itu anda juga boleh mengintai akaun Instagram D’Warees Resipi di sini.

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *