Bertemakan “Air Tangan Ibu’, Restoren Ummis Hijau Kasturi yang terletak di Sentul Points ini menyediakan pelbagai jenis makanan berbuka yang enak dengan harga serendah RM51.90 untuk dewasa dan RM19.90 untuk kanak-kanak. Pernah berkhidmat sebagai chef peribadi keluarga DiRaja Brunei ini, pasangan chef ini menyediakan lebih 45 jenis masakan Melayu nusantara untuk berbuka puasa sesuai dinikmati oleh anda sekeluarga atau bersama teman di restoren mereka.
Masakan utama yang ada setiap hari ialah Berlado, Masak Lemak dan Asam Pedas dengan pelbagai jenis lauk utama yang dimasak berganti-ganti. Antara menu tersebut adalah Siput Sedut Masak Lemak, Itik Salai Masak Lemak, Kepala Ikan dengan Lobak Masin dan Daging Salai dengan Bacang Masak Lemak.
Selain itu, terdapat boleh juga menikmati pilihan bakar seperti Ayam, Kambing dan Lembu yang telah diperap dengan ramuan istimewa dan dicicah bersama Air Asam, Sos Kicap, ‘Sambal Rindu’, Sambal Hijau atau Sambal Mangga.
Tidak lengkap berbuka puasa tanpa pelbagai jenis kuih muih Melayu, bubur dan minuman untuk menghilangkan dahaga.