Ed’s Easy Diner yang terletak di Sky Avenue, Resort World Genting, berkonsepkan retro Amerika “Ed’s Diner” kini sudah mula beroperasi semenjak Desember 2019 dan merupakan yang pertama di luar United Kingdom. Ed’s Easy Diner yang berasal dari United Kingdom ini sudah beroperasi lebih dari 30 tahun mempunyai 15 buah cawangan di sana.
Selain deko yang menarik mata memandang, terdapat juga mesin muzik jukebox yang dijadikan tarikan utama di Ed’s Diner. Setiap lagu yang terdapat di dalam Jukebox merupakan lagu-lagu tangga teratas muzik dari Amerika Syarikat samada dari lagu zaman 50-an, 60-an sehingga lagu terbaru yang mengungguli carta muzik di sana. Pelanggan boleh memilih lagu yang tersedia dan ianya adalah percuma.
Makanan dan minuman yang dihidangkan disahkan halal oleh JAKIM. Antara tarikan utama mereka adalah “milkshakes” yang dihidangkan dalam gelas besi besar yang ditempah khas. Antara milkshakes yang patut dicuba adalah Reese’s Penut Butter Cup dan Buko Coconut Pandan Layer Cake yang hanya terdapat di Resort World Genting. Yang pasti size yang besar membolehkan ianya dikongsi bersama. Selain itu terdapat juga milkshakes dalam perisa Oreo dan Nutella.
Untuk seleksi makanan pula, terdapat pelbagai jenis menu pembuka selera, antaranya adalah nachos, kepak ayam BBQ serta kentang goreng “Ed’s Easy Diner” stail. Menu utama mereka pula terdiri daripada burger, sosej, ayam goreng dan wafel dan perbagai lagi. Setiap makanan disediakan sendiri oleh pekerja Ed’s Easy Diner kerana mereka mengutamakan kualiti makanan yang dihidangkan.
Sekiranya anda ke Resort World Genting, jangan lupa singgah di Ed’s Easy Diner yang terletak di tingkat G, Sky Avenue. Ed’s Diner Easy pastinya menyediakan makanan dan minuman yang berbaloi untuk dicuba.