Cyberview Resort & Spa di Cyberjaya menawarkan hidangan bufet istimewa bertemakan Iftar Warisan Rasa, yang mengetengahkan pelbagai cita rasa menyelerakan di sepanjang bulan Ramadan ini.

Diketuai oleh Eksekutif Sous Chef, Kamarusham, bufet yang tersedia di resort yang bertaraf lima bintang ini menyajikan lebih 238 jenis hidangan dan 28 gerai makanan pelbagai menu untuk dinikmati oleh pengunjung.

Antara hidangan yang tersedia ialah adalah Claypot Asam Pedas Johor, Nasi Lemak Chef Sham, Masak Tempoyak Sungai Pahang, Kari Pulau Pinang, murtabak telur, aiskrim goreng, kambing panggang, nasi mandi ayam sheebaz, dan sizzling teppanyaki.

Tidak ketinggalan, menu masakan kampung yang sentiasa menjadi buruan ramai seperti gulai kawah dengan pilihan itik, ayam, kambing, ikan talang, dan rusa. Peminat asam pedas, jangan lupa singgah ke Gerai Asam Pedas Johor.

Boleh pilih jenis ikan digemari dan ia akan dimasak terus bersama kuah asam pedas sebelum dihidangkan panas-panas untuk anda.

Selain asam pedas, ada juga masak tempoyak, yang juga dimasak secara langsung dengan pilihan ikan segar seperti patin, salmon, pari, merah dan jenahak.

Turut ditawarkan udang harimau segar, lala, dan kerang buluh yang dimasak secara langsung di hadapan pelanggan, sama ada berasaskan mentega, dikukus, atau dimasak cili. 

Terdapat juga sudut khas untuk kanak-kanak yang menawarkan pancuran coklat, pelbagai jenis aiskrim, jeli, gula-gula, bertih jagung, kek cawan, mufin, dan banyak lagi.

Bufet lazat ini berharga RM169 untuk dewasa, RM85 untuk kanak-kanak, dan RM119 untuk warga emas. 

Jika anda merancang untuk singgah pada hujung minggu, boleh nikmati harga istimewa pada setiap hari Ahad, iaitu RM129 seorang.

Alang-alang sudah menjamu selera di sini, ringan-ringankan tangan untuk merekod video atau mengambil gambar untuk dikongsi ke akaun media sosial masing-masing. Ini kerana resort ini menawarkan hadiah menarik untuk dimenangi.

Setiap tahun, Cyberview Resort & Spa menjadi pilihan ramai untuk berbuka puasa di sini kerana selain dapat menjamu selera, tetamu juga berpeluang untuk menikmati persekitaran menghijau yang subur serta permandangan landskap yang indah.

Istimewa untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil, pihak resort turut menyediakan kawasan permainan khas bagi kanak-kanak di Apec Garden bagi membolehkan si kecil berseronok dengan aktiviti selamat sementara ibu bapa menikmati hidangan dengan tenang.

Resort ini juga menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan percuma untuk kemudahan pengunjung.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 03-8312 7042 / 03-8312 7041 / 019-3528660 atau melayari www.cyberviewresort.com.

Share:
, , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah