Kalau sedang mencari tempat untuk menghabiskan malam minggu, Moxy Bar di Putrajaya boleh menjadi pilihan menarik untuk mereka yang mahukan suasana makan malam yang lebih santai dan tidak terlalu ‘biasa’.

Terletak di rooftop (tingkat 18) Moxy Bar menawarkan pemandangan Putrajaya dari aras tinggi, menjadikan suasana di sini lebih menarik apabila petang beralih kepada malam. Cahaya bandar yang mula menyala memberikan latar yang cantik untuk menikmati makan malam sambil bersantai.

Ruangnya juga mempunyai beberapa sudut yang sesuai untuk bergambar, terutama bagi mereka yang gemarkan lokasi dengan latar yang menarik. Dengan suasana rooftop dan panorama Putrajaya di sekeliling, sesi bergambar boleh menjadi sebahagian daripada pengalaman ketika berkunjung ke sini.

Setiap Sabtu, Moxy Bar menawarkan ‘Big Mood Weekend’ dengan konsep unlimited grilled delights, dari jam 6 petang hingga 9 malam. Menampilkan pilihan daging, kambing dan ayam yang dibakar sebagai hidangan utama, terdapat juga pilihan pemanis mulut untuk melengkapkan sesi makan malam.

Suasana menjadi lebih meriah dengan persembahan live band yang berlangsung pada waktu yang sama. Gabungan makanan, muzik dan pemandangan dari rooftop memberikan pengalaman yang lebih lengkap berbanding sekadar makan malam biasa.

Pengalaman makan malam ini ditawarkan pada harga RM148 bersih seorang. Jadi, sama ada sedang menginap di Moxy Hotel Putrajaya, mahu meraikan hari istimewa bersama kawan-kawan atau sekadar mencari kelainan untuk malam minggu, Big Mood Weekend di Moxy Bar adalah pilihan yang berbaloi.

@travellahmy

Kalau korang jenis suka dinner sambil layan live band, yang ni memang kena try. 👀✨ Unlimited grilled delights Refreshing drinks 🥤 Live band setiap Sabtu 🎶 Dengan rooftop ambience yang memang best untuk lepak. 📍 Moxy Bar, Putrajaya 🕕 Setiap Sabtu | 6PM – 9PM 💰 RM148 bersih seorang Siapa yang korang nak ajak kali ni? 👇 #foodie @Marriott Bonvoy #Moxyputrajaya #Weekendvibes #rooftop #liveband

♬ suara asli – 18meeters – 18meeters

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah