Ramadan pastinya bulan yang dirindukan oleh setiap Muslim dan kesempatan diambil untuk beribadat dan berkumpul bersama keluarga, berbuka puasa bersama-sama. Apatah lagi selepas 2 tahun rakyat Malaysia tidak berpeluang untuk berkumpul bersama akibat pandemik COVID-19. Tahun ini pastinya lebih istimewa apabila kita bakal berpeluang untuk kembali berkumpul dan menikmati hidangan bufet yang telah menjadi rutin tahunan majoriti rakyat Malaysia dengan mengekalkan SOP seperti yang disarankan oleh kerajaan. Berikut adalah 6 pilihan bufet Ramadan dari kami:
Restoren Ummis Hijau Kasturi


Bertemakan Sajian Istana dan Nusantara, restoren Ummis menyajikan pelbagai jenis masakan tradisi. Pernah berkhidmat sebagai Chef kepada adik Sultan Brunei, pasti menu yang wajib adalah masakan tradisi Brunei seperti Nasi Kebuli dan Daging Pindang Brunei. Selain itu terdapat lain seperti Sup Merah Singapura dan Mee Rebus Udang Johor. Berharga RM35.90 untuk dewasa dan RM17.90 untuk kanak-kanak.
Hotel Element Kuala Lumpur by Westin


Menarik untuk Ramadan kali ini, pengunjung boleh membuat kerabu sendiri menggunakan bahan tersedia. Selain itu juga terdapat menu lain yang wajib dicuba seperti Masak Lemak Itik Cili Padi Claypot, dan juga pelbagai jenis Sup Utara yang enak. Bufet disajikan di Restoren TRACE dan berharga RM148 untuk dewasa.
Grandmama’s Kitchen

Bertemakan sajian “Kenangan Terindah”, restoren Grandmama’s Kitchen menyediakan pelbagai jenis pilihan untuk berbuka puasa. Didatangkan dengan set berempat, berenam, berlapan dan harga bermula dari RM168. Antara menu wajib dicuba adalah Kerabu Ayam, Kambing Masak Kicap dan Kari Seafood.
Restoren Riverside, PWTC


Restoren Riverside, PWTC adalah lokasi wajib untuk berbuka setiap tahun bagi team Travellah. Kelainan untuk tahun ini adalah kerjasama dengan Restoren Nasi Kandar Saddam. Bertemakan Aneka Selera Desa, antara menu wajib adalah pelbagai jenis sup dan kambing goreng berempah. Berharga RM128 untuk dewasa.
Hotel Tamu dan Suites, Kg Bharu Kuala Lumpur


Nasi Mandy Dulang Besar antara menu yang wajib dicuba. Selain itu terdapat pelbagai pilihan masakan Timur Tengah dan juga Nasi Kandar. Sup Gearbox juga wajib dicuba. Daging yang lembut, ditambah pula dengan cili kicap, pastinya sedap dimakan panas-panas. Harga untuk dewasa adalah RM159.
Hotel Melia Kuala Lumpur


Bertemakan Ala-Ala Warung, pelbagai menu disediakan di Hotel Melia Kuala Lumpur. Pesembur adalah menu yang wajib dicuba. Selain itu terdapat pelbagai jenis ikan dan makanan laut bakar. Daging Masak Lemak dan Siput Sedut Masak Lemak juga antara menu yang wajib dicuba. Berharga RM135 untuk dewasa, pastinya berbaloi untuk membawa keluarga berbuka bersama.