Dengan kedatangan bulan Ramadan, kegembiraan untuk berbuka puasa sudah dapat dirasai. Semestinya ahli keluarga dan sahabat handai akan berkumpul untuk menyambut bulan yang penuh berkat ini, sambil merancang hidangan iftar bersama orang tersayang.
Bagi mereka yang ingin menghindari buffet mewah dan mungkin agak mahal serta lebih gemar hidangan sederhana namun tetap menyelerakan, Restoran 17 Hills di Petaling Jaya dengan sukacitanya memperkenalkan ‘Humble Ramadan Buffet’ atau Bufet Ramadan Sederhana yang dinamakan bersesuaian menunya.

Terletak di tengah-tengah Seksyen 17 Petaling Jaya, ia merupakan sebuah restoran yang selesa dan menggunakan ramuan Halal sambil menggabungkan masakan Itali dan Barat terbaik dengan pengaruh Asia.
Restoran ini menawarkan pengalaman makan unik dengan hidangan yang sesuai untuk pelbagai selera, dari daging panggang hingga pasta, dan hidangan nasi seperti nasi goreng kambing yang terkenal.








Makanan mereka disediakan dengan bahan-bahan segar, dan menu direka untuk memenuhi keinginan penggemar makanan lazat dan berkonsep gourmet.
Dengan harga serendah RM68 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun (kanak-kanak di bawah lima tahun makan percuma), restoran ini menjanjikan menu bufet Ramadan yang berbaloi dan ‘sederhana’.
Terdapat juga promosi istimewa ‘early birds’ untuk tempahan yang dibuat sebelum 2 Mac pada harga RM55 setiap dewasa dengan kanak-kanak di bawah 12 tahun pada harga RM25 setiap kanak-kanak. Tempahan ‘early bird’ bagaimanapun, mesti dibuat sebelum 2 Mac 2025.
Tempahan yang dibuat selepas 2 Mac 2025 akan dikenakan harga biasa sebanyak RM68 net setiap dewasa, dan RM35 setiap kanak-kanak.

“Kami akan mengubah menu secara berkala, tetapi setiap hari akan memaparkan 10 hidangan berbeza tidak termasuk nasi putih dan beberapa kuih-muih,” kata Raja Iskandar Raja Muktharuddin, pemilik bersama restoran tersebut.


Menu Ramadan termasuk:-
Western:
· Spaghetti Bolognese
· Seafood Aglio Olio
· Grilled Lamb Shoulder
· Chicken Wing
· Pizza Daviola
· Baked Potatoes
· Sautee Vegetable
Lokal:
· Nasi Putih
· Daging Masak Hitam
· Sup Tulang
· Ayam Masak Merah
· Masak Lemak Daging Salai
· Rendang Ayam
· Ulam – Ulaman
Pencuci Mulut:
· Bubur Pulut Hitam
· Kuih – Muih
Minuman:
· Ice Peach Tea
· Kopi ‘O’ Kampung
Premis ini juga menyediakan Surau (tempat solat) dan kemudahan berwuduk untuk pelanggan Muslim.




Untuk tempahan, sila hubungi:
WhatsApp: +6016 324 7191
Tel no: +603 7931 3307