Kini terdapat tiga variasi burger Zinger untuk dinikmati mengikut cita rasa pilihan anda. KFC Malaysia dengan rasminya telah memperkenalkan Zinger BBQ Pedas dan Zinger Keju yang menyertai Zinger Klasik.

Dengan kualiti dan rasa yang tiada tandingan, famili burger Zinger ini merupakan 100 peratus daging ayam yang disaluti tepung yang diadun dengan rempah ratus Hot & Spicy KFC, sebelum dimasak sempurna sehingga ranggup keemasan.

Dengan keseimbangan rasa pedas, manis dan aroma ‘asap’ (smoky), Zinger BBQ Pedas menampilkan kelazatan yang berbeza terhadap Zinger Klasik. Setiap lapisan isi burger ini padat dengan kelazatan bermula dengan sos Spicy BBQ KFC baharu, mayonis berkrim, salad segar, dan disempurnakan dengan kepingan keju cheddar.

Zinger Spicy BBQ

Zinger Keju terbaru menawarkan sentuhan keenakan yang pasti memikat selera. Dilimpahi dengan sos keju jalapeno KFC, mayonis berkrim, kepingan keju cheddar dan salad segar yang diapit antara dua ban bijan lazat, ianya pasti memberi nikmat kepuasan berganda buat pencinta keju.

Zinger Cheezy

“Tak lapuk dek zaman, Zinger kekal menjadi pilihan utama penggemar burger kerana ianya bukan sahaja sedap dinikmati secara Klasik dengan rasanya yang asli, tetapi juga sedap dinikmati dengan pelbagai sentuhan dan ciptaan rasa baharu.”

Kini, dengan adanya tawaran tiga Zinger di KFC, anda boleh dapatkan lebih nikmat dan sekaligus puaskan idaman Zinger anda,” kata ujar Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Angelina Villanueva.

Untuk waktu yang terhad, dapatkan penjimatan hebat dengan ‘One Box Meal’ yang menawarkan hidangan lengkap yang mengandungi Zinger pilihan anda, ayam ‘Original’ atau ‘Hot & Spicy’, 4 ketul ‘nugget’, ‘coleslaw’, kentang putar, dan Mangga Ria Sjora, pada harga bermula dari RM19.90 sahaja.

Meet The Zinger One Box Meal

Nikmatilah Zinger-Zinger terbaru ini tanpa was-was kerana KFC sentiasa memastikan setiap pekerja mematuhi piawaian kebersihan dan kualititertinggi mengikut garis panduan dan SOP ketat yang ditetapkan oleh kerajaan.

Famili Zinger ini boleh didapati  di semua premis KFC di seluruh negara. Anda juga boleh buat pesanan secara ‘online’ di www.kfc.com.my atau muat turun aplikasi KFC Malaysia.

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *