Diinspirasikan daripada siri drama ‘Gadis Masa’, Viu Malaysia berkolaborasi bersama hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral untuk memperkenalkan promosi kulinari “Gadis Masa Destiny Bites Platter”.
Sajian ini terdiri daripada beberapa jenis makanan iaitu: Nachos bersama rendang ayam Bolognaise dan serpihan Super Ring, Goreng pisang So Cheesy, Mini burger special – Burger of Destiny, kek cawan Onde Onde, kek batik, soda gembira (soda bandung) dan Latte matcha ais atau iced maya latte.




Bermula dari 23 Januari hingga 31 Mac, para tetamu boleh menikmati hidangan platter istimewa ini pada harga RM35 nett serta akses percuma Viu Premium selama 14 hari untuk menonton Gadis Masa.
Gadis Masa merupakan idea asal dari Syarul Akmal, yang juga penulis bersama untuk siri komedi romantik Viu Original 2022, Ijab Kabut dan diarahkan oleh Yussuf Yunus, seorang pengarah muda yang menerima pencalonan di Anugerah Industri Muzik 2023 untuk Video Muzik Terbaik (Makuta) dan Anugerah Seri Angkasa 2023 untuk Dokumentari Terbaik (Sudirman Chow Kit Road).

Ia sekaligus mencerminkan komitmen Viu dalam menyokong bakat muda dalam industri tempatan.
Diterbitkan oleh Cinemalaya Studios, siri ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mira Filzah, Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Razak Ahmad, Dian P Ramlee, Bella Dowanna, Aleza Shadan, Azhar Sulaiman, Amanda Ang, Haziq Hussni, Nadia Aqilah, Sherry Ibrahim, Ben Tan, dan Fadlan Hazim.
Viu-ers boleh menonton siri ini bermula 23 Januari, dengan episod baharu setiap hari Khamis di aplikasi Viu yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery, dan TV Pintar terpilih atau ia juga boleh ditonton di laman sesawang www.viu.com.