Malaysia telah mengukir sejarah dengan pencapaian kemerdekaan negara yang ke-63. ‘Truly Asia’, Malaysia sememangnya lambang Asia sebenar dengan kepelbagaian budaya dan kekayaan khazanah alam. Kita dihamparkan dengan bermacam-macam pilihan untuk Cuti-Cuti Malaysia daripada pulau-pulau yang indah, bandar-bandar dengan struktur seni bina berbilang budaya, dan kehijauan flora hutan hujan tropika seluas mata memandang. Dengan lebih 700 restoran di Malaysia, KFC amat berbesar hati dapat menyediakan hidangan yang Sedap Hingga Menjilat Jari di setiap pelosok negara sejak tahun 1973.
Walaupun KFC adalah jenama yang tidak asing buat para pelancong di seluruh dunia, namun terdapat satu menu yang tidak boleh didapati di mana-mana negara selain di Malaysia: Cheezy Wedges! Cheezy Wedges adalah wedges kentang yang garing di luar dan lembut gebu di dalam, kemudian dilimpahi dengan sos keju signature KFC yang berkrim dan amat lazat. Sememangnya kegemaran rakyat Malaysia, Cheezy Wedges ini juga sering dicari oleh para pelancong dari luar negara yang menyenaraikannya dalam makanan-untuk-dirasai bersama makanan-makanan Malaysia yang lain.
Bersempana sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang akan datang, kombo Cheezy Cheezy Malaysia KFC baharu mengetengahkan Cheezy Wedges disamping makanan kegemaran rakyat Malaysia yang lain: Whipped Potato KFC, ayam goreng Original Recipe dan Hot & Spicy KFC. Menambahkan lagi kegembiraan semangat patriotik, KFC memperkenalkan Bebola Durian buat waktu terhad sebagai pelengkap pencuci mulut. Ianya adalah bebola sedap bertekstur kenyal yang berintikan 100% durian D24 premium asli. Eksklusif dengan setiap pembelian Cheezy Cheezy Malaysia, pelanggan boleh dapatkan Bebola Durian secara ‘add-on’
dengan hanya RM3.90.
“Wabak COVID-19 telah memberi banyak impak kepada rakyat Malaysia, termasuklah aktiviti melancong. Namun, kita amat bertuah kerana di Malaysia, kita masih boleh menerokai keindahan alam di laman sendiri. Dikala kita memasuki fasa pemulihan, di KFC, kami ingin meraikan kejayaan-kejayaan kecil dengan Cheezy Cheezy Malaysia. Walau di mana jua anda berada di Malaysia, melancong atau di rumah bersama keluarga dan rakan-rakan, KFC sentiasa bersedia untuk menjamu anda, sama ada di restoran terdekat atau dengan hanya satu klik atas talian.
Jangan lupa untuk memakai pelitup muka semasa datang ke restoran-restoran kami kerana pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP masih dikuatkuasakan,” kata Angelina Villanueva, Ketua Pegawai Pemasaran Malaysia.
Untuk waktu terhad, Cheezy Cheezy Malaysia akan dilancarkan esok (26 Ogos 2020) bermula daripada RM15.50. Bersempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, pesanan yang dilakukan melalui laman web dan aplikasi KFC Malaysia akan menikmati diskaun sebanyak RM6.30 (perbelanjaan minimum RM25) dari 26 Ogos – 16 September 2020 dengan menggunakan kod baucar: MERDEKA63. Cuma muat turun aplikasi KFC atau log masuk KFC.com.my.
Kombo Cheezy Cheezy Malaysia KFC boleh didapati di restoran-restoran KFC seluruh Malaysia. Anda tidak perlu beratur dengan membuat pesanan atas talian dan memilih ‘Contactless SelfCollect’ atau ‘Contactless Delivery’ di KFC.com.my atau aplikasi KFC Malaysia. Self-Collect adalah servis mudah yang membenarkan pelanggan untuk memilih restoran dan waktu, untuk segera mengambil dan membawa pulang pesanan anda