Hujung minggu adalah masa yang terbaik untuk berbuka puasa bersama keluarga dan teman-teman.
Bagi yang berada di Shah Alam dan kawasan berdekatan, DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City mempersembahkan bufet ‘Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan’, sebuah pengalaman Ramadan yang menggabungkan sajian tradisi, citarasa moden, serta semangat kebersamaan yang menjadi teras bulan mulia ini.
Tema tahun ini meraikan kekayaan warisan kulinari Malaysia sambil mengangkat inspirasi kontemporari, mengundang para tetamu untuk mensyukuri nikmat, mengeratkan hubungan dan memupuk semangat komuniti melalui makanan.
Jika dihitung, ada ratusan menu yang boleh dicuba untuk memanjakan lidah. Namun, yang menjadi tumpuan utama ialah hidangan istimewa seperti udang harimau goreng, kambing salai dan menu istimewa, Kambing Golek Perap Basah Tradisi 32 Rempah Ratus yang dipanggang perlahan hingga sempurna dan penuh aroma.

Tidak ketinggalan, sajian klasik yang mengasyikkan seperti Mi Udang Penang, pulut mangga serta pelbagai pencuci mulut menarik termasuklah kek keju kelapa dan cempedak, sagu durian ros pandan, onde-onde kacang merah dan ubi keledek serta puding kurma karamel. Setiap satunya dihasilkan bagi menyerlahkan kemanisan musim ini.





Musim kebersamaan ini turut hadir dengan keistimewaan tambahan apabila tetamu berpeluang menikmati ganjaran sambil meraikan detik bermakna di meja makan.
Dengan setiap perbelanjaan yang layak, anda berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan penginapan eksklusif terpilih.
Tempahan korporat dengan perbelanjaan minimum RM1,000 berpeluang memenangi penginapan 3 hari 2 malam di Hilton Hua Hin Resort & Spa, manakala majlis keluarga dengan perbelanjaan minimum RM500 berpeluang memenangi penginapan 3 hari 2 malam di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City.
Seiring Ramadan yang mendekatkan keluarga dan sahabat handai, DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City menzahirkan sentimen ini dengan mencipta suasana yang setiap perinciannya, daripada hidangan hinggalah ke dekorasi bagi memancarkan kehangatan, penghayatan dan penghargaan bersama.
Bufet makan malam Ramadan ini berlangsung dari 20 Februari hingga 19 Mac 2026 pada harga RM198 bersih bagi setiap dewasa dan RM99 bersih bagi setiap kanak-kanak. Manakala diskaun Hilton Honors terpakai bagi tempahan sehingga 10 orang.
Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi +603 5650 0200, WhatsApp +60 12 223 8453, e-mel Doubletreeshahalam.foodandbeverage@hilton.com atau buat tempahan melalui SevenRooms.

