Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan atau lebih dikenali sebagai Expo MAHA 2022 kembali lagi pada tahun ini. Bertempat di MAEPS, Serdang bermula dari 4 Ogos 2022 sehingga 12 Ogos 2022.

Terdapat pelbagai aktiviti dan pameran menarik yang boleh anda kunjungi seisi keluarga antaranya adalah Pameran AgroTourism di Pavilion AgroTourism, Dewan C MAEPS. Pavilion AgroTourism adalah kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Menariknya mengenai Pavilion AgroTourism, pengunjung boleh belajar tentang indutsri makanan negara sambil memilih lokasi bercuti bersama keluarga.

Terdapat 6 pitstop utama di Pavilion AgroTourism. Antaranya adalah:

Anjung Tiba – antara aktiviti yang dilakukan disini adalah pelancaran produk, Sembang Santai bersama Influncer serta penjualan pakej AgroPelancongan.

Staycation – rasanya ini antara pitstop yang wajib. Sebab apa? Kerana terdapat pelbagai pakej AgroPelancongan dijual disini. Sambil cuti boleh belajar mengenai pertanian. Selain itu juga terdapat demonstrasi pemprosesan padi secara moden oleh Sawah Ring dari Tangkak Johor. Mungkin Fionanas Resort di Melaka atau Min House Camp di Kubang Kerian menjadi pilihan cuti hujung tahun anda bersama keluarga pada tahun ni?

Green Wonders – dekat sini boleh belajar mengenai durian, pelbagai jenis sayuran, tanaman herba serta buah Roselle.

Barn & Tank – Berapa ramai antara kita pernah tengok belangkas? Belangkas adalah antara hidupan laut yang dibawa khas dari Johor. Wajib lihat okay!

Food Stop – tidak lengkap aktiviti tanpa cuba produk makanan AgroTourism disini. Antara makanan yang wajib cuba adalah Air Kelapa Telur dari Mardi Bagan Datok, Aiskrim Vanila dari Amani Vanila Temerloh.

Ka-Ching! – pitstop yang sangat sesuai untuk mereka yang ingin menceburi bidang AgroTourism. Segala persoalan anda terjawab disini.

Tinggal dua hari lagi sebelum Expo MAHA 2022 melabuhkan tirai, apa kata hari minggu kali ini kita ke Pavilion AgroTourism di Dewan C, MAEPS Serdang. Marilah kita bersama menaikkan dan mengalakkan industri pelancongan kita dengan #cuticutiMalaysia.

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *