Berita gembira untuk penggemar makanan segera CP! Kini, burger, sosej dan bebola daging sedia dimakan yang popular dari Thailand sudah boleh didapati di Lotus’s Malaysia. Tak perlu lagi tunggu melancong ke luar negara – semuanya ada lebih dekat dengan anda.

Bermula di Lotus’s Kepong, 14 jenis snek CP boleh dibeli dan akan diperluas ke lapan cawangan lain termasuk Ampang, Rimbayu, Cheras, Kajang, Mutiara Damansara, Wangsa Walk, IOI City dan Paradigm.

Produk halal ini berharga serendah RM4.50 dan hanya perlu dipanaskan 40 saat dalam ketuhar gelombang mikro,  memang sesuai untuk gaya hidup pantas! Antara pilihan menarik:

* Burger CP: Cheese Chicken, Spicy Chicken, Black Pepper Chicken Steak

* Sosej Premium: Black Pepper, Cheese, Smoked Cocktail, Cheese Cocktail, Chili Cocktail

* Sosej Roll: Classic, Cheese, Chili

* Bebola Daging: Sos Asam Jawa, Cili Hijau, Nacho Cheese

Selain itu, CP Foods & Lotus’s akan adakan road tour sesi merasa di beberapa cawangan terpilih bermula September hingga November.

Ada juga promosi khas, beli RM25 produk sejuk CP dan dapat sebungkus sosej koktel percuma! Lebih menyeronokkan, dengan setiap pembelian minimum RM25, anda boleh sertai pertandingan makan (untuk 18 tahun ke atas).

Pendaftaran boleh dibuat di lokasi road tour. Ikuti Website Lotus’s atau akaun media sosial Facebook, Instagram & TikTok – @LotussMalaysia untuk maklumat lanjut.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah