Jenama Tyson akhirnya tiba di Malaysia, membawa bersama standard global dalam produk ayam sejuk beku yang telah dimasak sempurna. Memaparkan pilihan meluas produk berkualiti kelas dunia dan sedap yang juga 100% Halal, rangkaian produk Jenama Tyson dapat disediakan dengan mudah dan pantas serta membawa kegembiraan dalam setiap hidangan.
Dengan kepakaran selama lebih 80 tahun dalam industri makanan, Jenama Tyson berhasrat untuk berkongsi pengalamannya dengan memperkenalkan sajian dan snek lazat yang dapat mempermudahkan pengalaman penyediaan hidangan di rumah kepada rakyat Malaysia, seterusnya membolehkan semua menikmati sajian kegemaran mereka pada sebarang masa.
Menggunakan teknologi signature salutan tiga kali Jenama Tyson untuk keranggupan maksimum serta kaedah perapan vakum bagi memastikan setiap gigitan lembut, berjus dan kaya dengan rasa, setiap ayam sejuk beku Jenama Tyson yang telah dimasak sempurna tentunya pilihan hidangan yang terbaik. Produk-produk Jenama Tyson juga mudah disediakan, malah tidak perlu dinyahbeku sebelum dimasak. Pengguna boleh menyediakannya terus, daripada peti sejuk beku ke penggoreng, dengan tiga Langkah mudah – koyak pek, goreng ayam dan nikmati keranggupan Ayam Jenama Tyson!
Bagi memastikan setiap individu dapat menikmati keenakannya, Jenama Tyson juga menawarkan pelbagai pilihan produk ayam sejuk beku seperti Ayam Goreng Klasik, Kepak Ayam Buffalo, Karaage Ayam, Hirisan Ayam Ranggup, Peha Ayam Panggang, Tender Ayam Di Bakar dan Nuget Ayam.
“Sejak permulaan Jenama Tyson pada tahun 1935, kami mempunyai hanya satu tujuan – untuk meningkatkan jangkaan dunia tentang perubahan yang boleh dibawakan oleh hidangan yang enak. Kami memastikan setiap produk kami dihasilkan tanpa berkompromi terhadap kualiti, daripada peringkat awal sehinggalah ke keranggupan terakhir. Dengan pelancaran Tyson di Malaysia yang dipacu oleh prinsip kami untuk ‘menjadi global sebaik mungkin, mengikut keperluan tempatan dan gabungan jangkaan global dengan pengetahuan tempatan’, kami berusaha untuk memastikan kualiti terus terjamin bagi menyediakan anda dengan hidangan ayam yang menyelerakan dan dapat disediakan dengan mudah dan pantas untuk seisi keluarga,” kata Tan Sun, Presiden, Tyson Foods Asia Pacific (APAC).
Untuk mempertingkatkan pengalaman masakan di rumah anda, dapatkan pek Ayam Tyson dengan 7 pilihan enak di pasar raya terdekat anda! Anda juga boleh mendapati produk enak Tyson melalui laman web Tyson! Untuk maklumat lanjut, ikuti Tyson di laman Instagram @tysonbrandmy dan Facebook.