Airbnb baru-baru ini telah mengumumkan koleksi terpilih baharu Pengalaman Memasak Dalam Talian yang dikendalikan beberapa chef yang berbintang Michelin dan terkenal di dunia. Koleksi Pengalaman Memasak baharu ini membolehkan peserta mempelajari resipi dan teknik unik daripada chef berpenarafan tinggi, serta mendapat panduan untuk menyediakan hidangan yang luar biasa di dapur anda sendiri.

Koleksi ini meraikan kepelbagaian rasa di seluruh Asia Tenggara dengan Rahsia Chef berbintang Michelin, sebuah Pengalaman Dalam Talian yang dikendalikan oleh Chef Malcolm Lee dari Candlenut, restoran Peranakan berbintang Michelin yang pertama di dunia.  Bagi warga Malaysia yang ingin mendalami warisan Peranakan mereka atau mempelajari cara menyediakan hidangan baharu, Pengalaman Dalam Talian Chef Malcolm turut memperkenalkan sebuah resipi keluarga yang turun temurun.

“Sebagai chef, saya sangat berminat untuk berhubung dengan orang lain melalui makanan, jadi saya gembira kerana berpeluang berkongsi minat saya dengan khalayak global melalui Pengalaman Dalam Talian Airbnb,” kata Chef Malcolm Lee. “Saya tidak sabar untuk memberi peluang kepada tetamu dari seluruh dunia untuk meneroka dan mengetahui lebih lanjut tentang masakan Peranakan dalam keselesaan rumah mereka sendiri. ”

Chef Malcolm Lee menyertai chef pemenang anugerah lain di seluruh dunia yang menawarkan koleksi Pengalaman Memasak Dalam Talian yang baru, termasuk David Chang (Kumpulan Restoran Momofuku), Marc Favier (Marcore di Paris, Perancis), Christina Bowerman (dari Glass Hostaria di Rom, Itali) dan banyak lagi, yang bersedia untuk memberikan penerangan ringkas tentang resepi dan teknik unik mereka dengan para tetamu. Koleksi Pengalaman Memasak Dalam Talian global juga menampilkan pelbagai pengalaman kulinari yang dikendalikan oleh Take A Chef.

“Pengalaman Dalam Talian Airbnb telah berkembang dengan pantas menjadi salah satu cara kegemaran tetamu kami untuk ‘mengembara ke seluruh dunia’ secara maya,” kata Parin Mehta, Pengarah (Asia Pasifik), Pengalaman Airbnb. “Dengan pelancaran Pengalaman Memasak Dalam Talian, kami tidak hanya berharap untuk menghubungkan chef terbaik dengan komuniti tetamu global kami tetapi juga untuk mempamerkan budaya masakan yang terunggul kepada dunia sambil menyokong pemulihan pelancongan di seluruh dunia selepas COVID-19.”

Kini tetamu boleh mendapat akses unik kepada chef berbintang Michelin dan berpenarafan tinggi dari dapur mereka sendiri. Pengalaman Dalam Talian lain termasuk:

Tetamu boleh melihat senarai penuh Pengalaman Memasak Dalam Talian yang dikendalikan oleh chef pemenang anugerah dan menempah di sini. Untuk mereka yang berminat untuk menganjurkan Pengalaman Dalam Talian, klik di sini.

Share:
, , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *