Musim Hari Raya bukan sekadar tentang pulang ke kampung atau merancang perjalanan ziarah dari satu rumah ke satu rumah.
Ia juga tentang tradisi memberi, di mana kita membawa buah tangan sebagai tanda ingatan ketika berkunjung ke rumah saudara-mara, rakan lama atau tuan rumah yang menyambut kita dengan penuh mesra.
Bagi mereka yang merancang perjalanan Aidilfitri tahun ini, sama ada merentas negeri atau sekadar road trip kunjung-mengunjung sekitar bandar, memilih hadiah yang praktikal tetapi tetap elegan boleh menjadikan pengalaman beraya lebih bermakna.
Tradisi Buah Tangan Ketika Beraya
Dalam budaya Aidilfitri di Malaysia, membawa buah tangan adalah satu amalan yang melambangkan penghargaan kepada tuan rumah. Ia tidak perlu sesuatu yang besar atau mahal, yang penting adalah nilai ingatan dan kegembiraan untuk berkongsi.
Coklat premium sering menjadi pilihan popular kerana mudah dibawa ketika perjalanan, sesuai dihidangkan kepada tetamu lain, dan boleh dinikmati bersama sepanjang sesi beraya.
Tambahan pula, pembungkusan yang cantik menjadikannya sesuai terus dijadikan hadiah tanpa perlu dibalut semula, sangat praktikal untuk mereka yang bergerak dari satu rumah ke satu rumah lain pada hari raya ini.
Jadi, apabila merancang perjalanan kunjung-mengunjung, beberapa faktor penting perlu dipertimbangkan dalam memilih buah tangan:
1. Mudah dibawa
Kotak hadiah yang kompak dan kemas memudahkan ia disimpan dalam beg perjalanan atau kereta tanpa mengambil banyak ruang.
2. Sesuai untuk dikongsi
Hadiah yang boleh dinikmati bersama tetamu lain menjadikannya lebih bermakna untuk suasana rumah terbuka.
3. Pembungkusan menarik
Rekaan elegan bukan sahaja mencantikkan meja hidangan tuan rumah, malah menjadikan pemberian itu terasa lebih istimewa.
Antara pilihan popular musim ini ialah kotak praline seperti Ferrero Rocher T24 yang sering dijadikan hadiah klasik untuk sahabat dan keluarga ketika beraya.

Setiap coklat menggabungkan kacang hazel panggang, inti berkrim, salutan coklat susu dan cebisan hazel rangup yang memberikan pengalaman rasa yang mewah.
Bagi tuan rumah yang merancang rumah terbuka pula, kotak yang lebih besar seperti Ferrero Rocher T30 memudahkan sajian kepada tetamu sambil menambah seri pada meja hidangan.

Pilihan Baharu Untuk Musim Perayaan
Selain pilihan klasik, musim Aidilfitri tahun ini turut memperkenalkan beberapa variasi baharu yang sesuai dijadikan buah tangan perjalanan.
Rangkaian Raffaello menampilkan gabungan kelapa rangup, krim lembut dan sebiji badam penuh di tengah, memberikan rasa yang ringan dan berbeza daripada coklat biasa.
Sementara itu, Ferrero Collection menghimpunkan beberapa variasi coklat dalam satu kotak kecil yang elegan, sesuai untuk hadiah ringkas tetapi eksklusif.
Pilihan seperti ini amat praktikal untuk mereka yang merancang lawatan ke beberapa rumah dalam satu hari kerana ia mudah dibawa dan sesuai untuk pelbagai jenis tuan rumah.



Menjadikan Perjalanan Raya Lebih Bermakna
Hakikatnya, perjalanan Aidilfitri bukan sekadar destinasi, ia tentang detik kebersamaan. Dari perjalanan pulang ke kampung, sesi rumah terbuka hingga kunjungan spontan ke rumah rakan lama, setiap pertemuan membawa cerita tersendiri.
Kadangkala, sebuah kotak kecil coklat yang dibawa sebagai buah tangan sudah cukup untuk menceriakan suasana dan mencipta kenangan manis bersama.
Kerana pada akhirnya, semangat Aidilfitri terletak pada perkara paling sederhana: berkongsi kegembiraan, mengeratkan hubungan dan menghargai masa bersama insan tersayang.
Ferrero Rocher boleh didapati di semua pasar raya besar utama termasuk Giant, Lotus’s dan AEON BIG; pasar raya terpilih; Watsons dan Guardian; 7-Eleven; 99 Speedmart; serta di Ferrero Official Store di Shopee and Lazada.

