Perasaan sayang rakyat Malaysia terhadap KFC terserlah barubaru ini dengan berita tentang pembukaan bidaan nombor pendaftaran akronim “KFC” oleh JPJ dimana ianya berjaya mengutip hasil sebanyak lebih dari RM2 juta. Turut mahu berkongsi keseronokan, KFC Malaysia akan mengadakan bidaan umum buat julung kalinya untuk KFC Original Plate (pinggan sebenar) edisi terhad pada 25 Februari 2021, 11pagi – 11 malam di laman Facebook KFC.
Bidaan dibuka bermula RM11 di mana rakyat Malaysia boleh menyertai dengan kenaikan bidaan minimum RM1. Pembida tertinggi akan disahkan sebagai pemenang di mana 100% keuntungan akan disalurkan kepada KFC Add Hope Malaysia – unit tempatan initiatif global KFC dalam usahanya untuk mengakhiri kebuluran.
“Kami di KFC Malaysia mahu anda tahu bahawa kami turut berkongsi rasa kasih anda terhadap KFC dan dengan sukacitanya kami mahu menambahkan lagi keseronokan dengan pembukaan bidaan KFC Original Plate. Rekaan pinggan ini mengetengahkan “KFC 11” yang mimik nombor pendaftaran kereta dan pada masa yang sama melambangkan 11 herba dan rempah rahsia ikonik jenama ini. Pembida tertinggi akan menjadi satu-satunya pemenang pinggan ini yang ada satu unit sahaja di dunia, dengan setiap keuntungan disalurkan untuk tujuan amal,” kata Evelyn Ng, Timbalan Pengarah Besar Pemasaran KFC Malaysia.
Setiap tahun, KFC menjalankan pelbagai aktiviti program pemerkasaan komuniti untuk memberi kembali kepada masyarakat termasuk Add Hope Malaysia. Initiatif berterusan ini berusaha untuk mengagihkan makanan kepada mereka yang memerlukan. Dana dijana melalui kotak derma yang tersedia di seluruh cawangan KFC di Malaysia yang secara langsung menyokong initiatif tamat kebuluran tempatan melalui Program Pengagihan Add Hope dan program kerjasama bersama Organisasi Bukan Kerajaan, selain menyokong usaha World Food Programme (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi pemilik eksklusif KFC Original Plate. Layari https://www.facebook.com/KFCMalaysia untuk maklumat lanjut tentang cara penyertaan dan nantikan posting rasmi di Facebook pada 25 Februari ini untuk membida. Pemenang akan diumumkan pada hari yang sama. Tertakluk kepada terma dan syarat