Menu
Rasa & Savour

KFC Rai Warisan Makanan Malaysia Dengan Nasi Atuk KFC Baharu

Diinspirasikan daripada rakyat Malaysia, dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia, KFC membawakan penambahan menu yang dinanti-nantikan iaitu Nasi Atuk KFC baharu! Meraikan Malaysia, rakyat Malaysia, dan sejarah KFC di Malaysia, Nasi Atuk KFC menggandingkan ayam goreng KFC yang selalu diidami bersama makanan kebangsaan tercinta, Nasi Lemak.

Apa yang istimewa tentang Nasi Atuk KFC selain ayam yang sedap hingga menjilat jari adalah anda boleh memilih untuk menikmatinya bersama nasi lemak wangi yang diperbuat daripada daun pandan dan santan ATAU pilih KFC Colonel Rice popular (nasi ayam klasik KFC). Semestinya dihidangkan dengan makanan sampingan tradisional – telur rebus, hirisan timun segar, kacang, dan sambal ikan bilis menggiurkan – yang merupakan jiwa juadah kebangsaan ini dan pelengkap rasa dan tekstur yang menjadikannya hidangan ikonik.

Nasi Atuk KFC boleh didapati melalui 3 variasi: (a) 1-ketul ayam, (b) 2-ketul ayam, atau (c) Hot & Spicy Zinger Fillet tanpa tulang. Apa jua pilihan anda, campuran hebat rasa, tekstur, dan ramuan Nasi Atuk KFC ini menjanjikan hidangan lengkap dan memuaskan. Namun, jika anda mahu lebih keenakan, anda boleh add-on Kari Atuk KFC yang kembali atas permintaan ramai. Kari kentang yang mengandungi ketulan kentang sebenar yang sedikit pedas dan menggiurkan ini membawakan ekstra kenikmatan dengan hanya RM3.

Kini, anda boleh memuaskan keinginan mengidam nasi lemak dan nasi ayam bila-bila sahaja! Nasi Atuk KFC boleh didapati di seluruh restoran KFC di Malaysia bermula esok. Mesti Nak Kena!

Dapatkannya selamat, mudah, dan tanpa sentuh melalui setiap saluran. Untuk lebih kesenangan, pilih perkhidmatan Self Collect Pandu Ambil di mana anda boleh mengambil pesanan bawa pulang anda tanpa keluar kereta. Cuma buat pesanan di www.KFC.com.my atau melalui aplikasi mobil KFC Malaysia.

No Comments

    Leave a Reply