Perdana Kuala Lumpur City Centre dengan bangga mengumumkan kembalinya promosi bufet Ramadan yang dinantikan dengan tema,”Selera dari Dapur Binjai” yang bermula dari 13 Mac hingga 8 April 2024 di restorannya 10Binjai.

Seiring dengan kedatangan Ramadan, Perdana Kuala Lumpur City Centre menjemput para tetamu untuk meraikan bulan yang mulia ini bersama keluarga tersayang dengan menikmati pelbagai hidangan warisan yang autentik yang menjanjikan pengalaman Ramadan yang tidak dapat dilupakan.

“Para tetamu boleh merasai pengalaman kulinari yang istimewa di Perdana Kuala Lumpur City Centre pada Ramadan ini dengan stesen memasak yang ditetapkan. Para tetamu juga dapat menyaksikan hidangan kegemaran mereka disediakan secara langsung oleh chef profesional kami,” kata Encik Zakaria Ismail, Pengurus Besar, Perdana Kuala Lumpur City Centre.

“Dari hidangan pembuka selera yang berwarna-warni kepada sup yang membangkitkan aroma rasa serta hidangan utama yang lazat, menu yang disediakan akan sentiasa membuatkan para tetamu teruja dengan juadah yang disediakan.”

“Dalam menyemarakkan bulan Ramadan pada tahun ini, bufet kami menawarkan lebih hidangan autentik Malaysia yang menonjolkan kepakaran kulinari pasukan chef kami. Menjadi tumpuan utama adalah Kambing Panggang kami yang lazat, terkenal dengan tekstur lembut dan perapan berperisa.” “Sebagai pelengkap kepada hidangan utama ini, terdapat juga gerai hidangan langsung yang menawarkan pelbagai juadah istimewa seperti juadah tradisional Daging Tumis Hitam dan Gerai Sup Perdana yang membangkitkan aroma rasa dengan daging tulang, urat, kambing dan ayam. Untuk hidangan pencuci mulut kami turut merangkumi kegemaran orang ramai seperti Putu Mayam dan Apam Balik.”

“Diilhamkan dari resepi turun temurun, kami berhasrat untuk mengimbau kenangan-kenangan terindah buat para tetamu kami,” ujar Zakaria Ismail, Pengurus Besar.

Untuk Ramadan yang istimewa ini, Perdana Kuala Lumpur City Centre akan menyambut bulan yang suci ini di 10Binjai yang terletak di Aras 1. 10Binjai mempunyai dua ruang iaitu ruang berhawa dingin dan ruang terbuka, di mana para tetamu boleh memilih untuk menjamu selera di ruang pilihan sambil menikmati pengalaman dengan suasana dengan konsep moden kontemporari. Restoran 10Binjai mempunyai ruangan kapasiti bagi 250 orang dan ianya pasti merupakan lokasi ideal untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan juga yang tersayang.

Raikan Ramadan yang mulia dengan citarasa tempatan dalam suasana yang selesa dan meriah bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Pembelian awal baucer bufet Ramadan berharga RM118.00 seorang bermula sekarang sehingga 11 Mac 2024. Manakala, harga biasa ialah RM158.00 seorang. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membuat pembelian awal baucer Ramadan kami sebelum 11 Mac bagi mengukirkan memori indah bersama keluarga tersayang.

Selain dari tempat berbuka puasa, surau juga turut disediakan di Aras 5 untuk para tetamu menunaikan solat Maghrib dan Tarawih. Selain itu, Masjid Asy-Syakirin KLCC juga hanya 260 meter dari Perdana Kuala Lumpur City Centre.

Untuk tempahan: –
10Binjai
Baucar pembelian awal: RM118.00 seorang
Harga Asal: RM158.00 seorang
Hubungi: 03 – 7490 3333

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah