Jika anda percaya bahawa perjalanan paling indah boleh bermula dari meja makan, maka Rasa Warisan di Traders Hotel Kuala Lumpur wajib ada dalam senarai destinasi kulinari anda musim ini.
Bermula 23 Februari hingga 20 Mac 2026, Traders KL mengajak tetamu menyelami semula keenakan masakan tradisional Malaysia, hidangan yang bukan sekadar mengenyangkan, tetapi sarat dengan kenangan, emosi dan rasa kebersamaan.
Menurut Cef Eksekutif Traders Kuala Lumpur, Zebdelone Chal, musim perayaan adalah tentang menikmati hidangan yang dekat di hati, dan itulah yang cuba diterjemahkan melalui menu Rasa Warisan, masakan klasik yang diolah dengan penuh hormat terhadap tradisi, sambil mencipta memori baharu bersama insan tersayang.
Bufet Makan Malam Rasa Warisan di Gobo Chit Chat
Syurga makanan tempatan, satu pinggan demi satu pinggan. Masuk sahaja ke Gobo Chit Chat, aroma rempah ratus terus menyapa. Antara tarikan utama bufet ini ialah kambing panggang yang lembut dan berjus, sesuai dipadankan dengan sos kegemaran anda.
Terdapat juga nasi kerabu yang dilengkapi dengan ulam-ulaman serta daging bakar dan lemak bakar, masak lemak cili api yang membolehkan tetamu memilih protein kegemaran seperti daging salai, itik salai dan ayam salai.
Peminat makanan laut pula pasti tersenyum dengan telur sotong goreng kunyit dan seafood bakar berbalut daun pisang yang mewah dengan rasa.
Jangan lepaskan peluang untuk hidangan berkuah seperti mi bandung bersama lamb shank dan Asam Pedas Melaka yang membangkitkan selera. Tidak ketinggalan deretan Air Balang dan aneka kuih-muih tradisional untuk menutup pengalaman menjamu selera dengan sempurna.
Bufet Ramadan ini bermula dari 23 Februari sehingga 20 Mac 2026 dan ia berharga RM218 untuk dewasa dan RM108 untuk kanak-kanak. Jika buat belian awal (sehingga 15 Februari), harga yang ditawarkan RM188 (dewasa) dan RM98 (kanak-kanak)
3-Hidangan Semi Buffet di Bara On Six

Untuk pengalaman yang lebih intim dan elegan, Bara On Six menawarkan set makan malam 3 hidangan dengan sentuhan tradisional.
Mulakan dengan pembuka selera tanpa had seperti kerabu segar dan bubur lambuk yang menghangatkan jiwa. hidangan utama pula memberi pilihan antara ayam bakar percik bersama nasi briyani, lamb rack panggang, atau Striploin Australia Panggangdengan jus rendang, setiap satu tampil dengan rasa yang seimbang dan memuaskan.
Sebagai penutup, mango panna cotta dengan aiskrim vanila memberikan sentuhan manis yang ringan, sesuai untuk mengakhiri malam dengan senyuman.
Untuk sesi ini ia berharga RM128 setiap seorang.
Bawa Pulang Buah Tangan Untuk Keluarga Dan Kawan-Kawan

Tak lengkap musim perayaan tanpa buah tangan. Traders KL turut menawarkan biskut raya dan kotak hadiah eksklusif yang mengandungi kegemaran ramai seperti tat nanas, mini popiah udang dan kuih makmur. Harga bermula dari RM48 dan ia boleh didapati di www.tradersklspecials.com bermula 16 Februari hingga 31 Mac 2026
Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi 03-2332 9888.

