Itik Ke Ayam? yang pada asalnya merupakan sebuah jenama restoran telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2023 di Taman Melawati Kuala Lumpur. Menu utama restoran ini berasaskan daging itik dan ayam.
Dimiliki oleh selebriti terkenal tanah air iaitu Johan Raja Lawak, Johan mula dikenali apabila muncul dalam pertandingan realiti Raja Lawak dan seterusnya menjadi penyampai radio selama lebih 12 tahun. Johan seterusnya mengembangkan bakat dalam bidang perniagaan dengan menaikkan jenama Itik ke Ayam? yang sudah mula di kenali di seluruh negara.
Kini Itik Ke Ayam? melakar Sejarah baru apabila memperkenalkan produk sedia dimakan “Ready To Eat (RTE)” melalui khidmat “Vending Machine” atau juga dikenali sebagai “Itik Ke Ayam? Vending”. Untuk fasa pertama terdapat empat Lokasi strategik telah dipilih iaitu: 1) AEON BIG SEKSYEN 23 SHAH ALAM 2) AEON BIG AMPANG 3) AEON BIG WANGSA MAJU 4 ) AEON BIG TUN HUSSEIN ONN.


Fasa seterusnya akan mula dikembangkan ke banyak lagi cawangan-cawangan AEON, Lotus dan pasaraya-pasaraya lain di seluruh Malaysia. Sasaran syarikat ialah untuk memiliki 100 “Vending Machine” bagi tahun pertama dipasaran. Di masa hadapan, Itik Ke Ayam? Vending juga akan membuka peluang kepada sesiapa yang berminat termasuk usahawan dan penggiat seni untuk menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan “vending Machine” ini.
Master Chef Celebrity Malaysia iaitu Cef Dato’ Fazley Yaakob telah dipilih sebagai rakan kerjasama penghasilan produk pertama projek RTE Itik Ke Ayam?.
Dato’ Fazley Yaakob memulakan kerjaya seni pada lewat tahun 90an dan popular dengan lagu “Asmara ini”, “Bila April” dan sebagainya. Pada tahun 2012 Dato’ Fazley telah berjaya merangkul juara “MasterChef Celebrity Malaysia” seterusnya melanjutkan Pelajaran di dalam bidang “ culinary arts- Diplome de Patisserie di Le Cord Bleu (Paris), beliau juga memiliki Masters in Sugarcraft (London UK).
Produk pertama yang dihasilkan mengunakan resepi Dato’ Fazley Yaakob ialah: Itik Salai Masak Lemak Cili Api dan Ayam Salai Masak Lemak Cili Api. Resepi ini telah memenangi pelbagai anugerah sebelum dijadikan sebagai produk RTE.

Jadi tunggu apa lagi, ayuh bergegas ke salah satu cabang AEON Big yang disebut di atas dan cuba sendiri produk terbaharu ini yang boleh didapati melalui pembelian di mesin jualan atau ‘vending machine’.