Sempena meraikan kehadiran Ramadan kali ini, apricot by Peaches and Cream menjemput para pengunjung menjamu selera dengan menu istimewa yang menampilkan hidangan signature à la carte dan menu set bermusim yang meraikan kebersamaan dan keselesaan.

Berbeza daripada konsep bufet tradisional, apricot menawarkan sajian bermusim yang boleh dikongsi dalam suasana kafe yang mesra dan menyenangkan.

“Di apricot, kami menekankan nilai kebersamaan melalui hidangan yang istimewa tetapi mudah dinikmati. Menu ini direka bagi meraikan konsep menjamu selera bersama, menampilkan sajian Eropah moden yang berteraskan tradisi musim dan sesuai untuk dikongsi, sama ada untuk hidangan berdua mahupun jamuan keluarga” ujar Pengasas apricot oleh Peaches and Cream, Cef Victor Yap.

Menu kurasi apricot dihasilkan dengan penuh teliti bagi menggalakkan perkongsian serta mencipta detik-detik bermakna. Menu ini menampilkan hidangan signature à la carte seperti black truffle gnocchi yang berkrim, mediterranean seafood linguine yang menyelerakan, serta roast chicken potentina spaghetti yang kaya dengan rempah, menjanjikan kenikmatan dalam setiap suapan.

Turut diketengahkan ialah pilihan piza inovatif seperti oxtail truffle pizza, disertai kuah pencicah ekor lembu yang menjadikan kerak piza sebagai tarikan utama, serta chicken popcorn pizza yang rangup dan digemari ramai.

Bagi hidangan utama, confit duck leg à l’orange menawarkan tekstur lembut yang kaya, diseimbangkan dengan sitrus yang menyegarkan.

Melengkapkan pengalaman menjamu selera ialah pencuci mulut istimewa seperti cherry pistachio trifle, panna cotta lembut dengan vanilla pineapples, serta PBJ chocolate cake yang nostalgik, direka untuk memberi rasa selesa, menggembirakan, dan rasa dinikmati berpanjangan selepas suapan terakhir.

Sebagai pelengkap, apricot turut memperkenalkan rangkaian menu set makan malam, ‘Evening Table – Dine for One’.Set ini menawarkan gabungan satu hidangan pasta dan satu pencuci mulut, sesuai untuk pengunjung solo yang inginkan pengalaman santai ala Eropah.

‘Evening Table – Sunset for Two’ pula menyajikan dua hidangan pasta atau utama bersama satu pencuci mulut untuk dikongsi, ideal bagi pasangan yang mengutamakan suasana intim.

Untuk pertemuan keluarga atau kumpulan lebih besar, ‘Evening Table – Gather the Family’ menyajikan pilihan lengkap termasuk piza, pasta, chicken schnitzel, pencuci mulut dan teh ais apricot, menjadikan pengalaman menjamu selera lebih santai dan bermakna.

Setiap menu set dihidangkan bersama kurma percuma dan minuman menyegarkan, sebagai simbol penghormatan kepada tradisi dan nilai kebersamaan.

Menu bermusim dari apricot boleh dinikmati dari 19 Februari hingga 19 Mac 2026, tersedia setiap malam dan terbuka kepada semua. Kunjungan terus dialu-alukan, manakala tempahan awal disarankan bagi kumpulan besar atau ketika waktu puncak.

Lebih daripada sekadar menjamu selera, ia adalah jemputan untuk berkongsi, berhubung dan meraikan detik bermakna bersama. Menu boleh diterokai di restoran atau melalui laman web serta saluran media sosial apricot, website, Instagram dan Facebook.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah