Hujung minggu tiba lagi. Jadi apa rencana makan-makan anda minggu ini? Kalau masih tercari-cari lokasi selera yang menjanjikan pengalaman kulinari enak, langkahkan kaki anda ke JPTeres, Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Restoran ini mempersembahkan acara makan-makan ala pasar malam yang dinamakan sebagai Gerai@JP. Biarpun begitu, ia tidak mengabaikan sentuhan elegan daripada barisan chef berpengalaman bagi memastikan setiap tetamu boleh pulang dengan satu kepuasan.
Dengan kata lain, ia adalah pasar malam lima bintang. Pengalaman kulinari yang menyeronokkan ini ditawarkan oleh JPteres di Grand Hyatt Kuala Lumpur pada setiap Sabtu dari 6:30 petang hingga 10 malam, di mana makanan tradisional jalanan akan diubah menjadi pengalaman makan mewah yang menakjubkan.

Para tetamu akan terpukau dengan suasana pasar yang sibuk, dengan 18 gerai di bawah satu bumbung, setiap satu menyajikan interpretasi makanan kegemaran tempatan secara gourmet.
Koleksi hidangan yang disusun ini menonjolkan keunikan budaya makanan Malaysia yang pelbagai, dicipta oleh Chef Ayub dan pasukannya.
Antara makanan pembuka selera tempatan kegemaran seperti Kak Nora Yong Tau Foo (tahu dan sayuran disumbat dengan daging cincang atau pes ikan), Pecal Suar Suir Kemuning, Lokman Popiah Viral dan Celup Tepung Terengganu sesuai sebagai pembuka selera sebelum menikmati hidangan utama yang tersedia di Gerai@JP.


Daripada aroma sate yang menggiurkan, roti tempayan, dan murtabak, hinggalah kepada hidangan Biryani Kambing 008, nasi dhalca, Nasi Ayam Bentara, dan sup serta mi kuah utara, setiap hidangan diolah dengan bahan-bahan premium untuk mencipta rasa yang tidak dapat dilupakan.
Salah satu menu yang mesti dicuba ialah sup ‘gear box’. Hidangan popular ini dimasak dengan cukup sempurna. Dagingnya cukup lembut, berjus serta mewah dengan ‘lemak menggoda’ di dalam tulangnya.
Selain itu, tetamu juga boleh menikmati pelbagai manisan pencuci mulut seperti jagung cawan leleh, kuih-muih tradisonal, apam balik, serta pelbagai jenis bubur, termasuklah bubur durian!

Jika manisan bukan pilihan, boleh ambil Pak Abu Aneka Jeruk dan buah-buahan tempatan menjadi pilihan menarik untuk mengakhiri perjalanan kulinari pasar malam gourmet ini.
Bagaimana pula dengan pilihan minuman? Pilihan minuman di Gerai@JP melengkapkan pengalaman pasar malam yang sebenar, di mana para tetamu dapat memilih antara air minuman yang menyegarkan seperti air batu campur dan Ais Krim Soft Serve Grand.
Pilihan minuman yang digemari ramai termasuklah Haji Wahid Soya dan Tau Fu Fa, sementara minuman yang wajib dicuba seperti Air Balang Pak Jabit, jus tebu segar, air kelapa segar dan jus long chan.
Sebagai tambahan khas semasa bufet makan malam, JPteres Signature Frappe ditawarkan pada harga MYR 10 segelas. Para tetamu boleh memilih daripada lima perisa iaitu Cookies & Cream, Lotus Biscoff, Mocha, Cherry Bandung, dan Matcha Cream.
Kek Nasi Ayam untuk sambutan istimewa
Selain pengalaman kulinari Gerai@JP yang menarik, chef berbakat di Grand Hyatt Kuala Lumpur juga telah mencipta Kek Nasi Ayam istimewa yang eksklusif direka khas untuk meraikan detik sambutan perayaan atau hari lahir.
Dikenali di kalangan penggemar nasi ayam, hidangan ini berharga MYR 128 dan menawarkan tetamu pilihan antara ayam panggang atau ayam kukus, disertai nasi yang beraroma, sup ayam, dan trio sos: cili, halia, dan kicap manis.

Kek Nasi Ayam yang isimewa ini boleh dibeli di JPteres atau melalui online shop dengan tempahan sekurang-kurangnya sehari lebih awal.
Jadi tunggu apa lagi? Bawalah keluarga dan rakan-rakan anda untuk menikmati pengalaman kulinari bertema pasar malam yang ikonik di JPteres, Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Bufet ini berharga MYR 158 nett seorang, dan percuma untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.
Untuk maklumat lanjut mengenai Gerai@JP di Grand Hyatt Kuala Lumpur, sila layari laman web mereka, ikuti mereka di Facebook atau Instagram. Lebih mudah lagi, hubungi JPteres di +603 2182 1234.

