Mangiamo! Masanya sudah tiba untuk kita mengikuti pengembaraan Marrybrown menjelajah pelusuk dunia ke destinasi terbaharu mereka iaitu Itali. Sejak 40 tahun yang lalu, Marrybrown bukan sahaja terkenal dengan hidangannya yang menarik citarasa tempatan seperti ayam goreng rangup dan nasi lemak yang melazatkan, malah mereka juga tidak putus untuk selalu memberikan “something different”. Kali ini, mereka memperkenalkan sesuatu yang baharu iaitu hidangan masakan Itali yang pasti disukai ramai.
Sempena meraikan ulang tahunnya yang ke-40, Marrybrown (rangkaian restoran perkhidmatan pantas Halal pertama terbesar di Malaysia) akan memastikan bahawa mereka akan terus kekal setia terhadap misi untuk menyediakan sesuatu yang berbeza dengan memperkenalkan menu terbaharu iaitu; Marrybrown Eatalian yang akan mula dijual bermula 5 Ogos di semua cawangan Marrybrown. Hidangan terbaru kali ini dicipta dengan bertemakan “Around the World”. Pilihan istimewa ini pasti akan menggamit citarasa rakyat tempatan, disamping dapat memberikan kepuasan dalam setiap suapan.
“Keunikan identiti, budaya dan tradisi rakyat Malaysia, mereka tidah pernah menolak untuk mencuba sesuatu yang baharu. Oleh yang demikian Marrybrown akan selalu menyajikan hidangan yang cukup enak dan luar biasa untuk dinikmati rakyat tempatan,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.
“Sambil menikmati hidangan Marrybrown Eatalian ini, kami ingin mewujudkan nikmat pengembaraan yang dirasakan sama seperti perasaan apabila sedang bercuti. Memandangkan sekatan perjalanan masih diperketatkan, Marrybrown bertekad untuk membawa juadah antarabangsa ini terus ke pintu rumah anda dengan mudah dan selamat,” kata Dato’ Joshua.
Marrybrown Eatalian, ia benar-benar lazat! Para penggemar dapat menikmati MB Spaghetti dengan limpahan sos ayam bolognese yang diperkaya dengan herba pilihan dan keju. Kini anda boleh menikmatinya secara a la carte atau tawaran kombo yang disajikan bersama MB Crispy Chicken dan segelas Coca-Cola yang menyegarkan. Sajian ini bermula dengan harga RM19.90.
Walau bagaimanapun, hidangan masakan Itali tidak lengkap dengan hanya spageti sahaja. Untuk memastikan kepuasan sepenuhnya, Marrybrown memperkenalkan hidangan sampingan yang pasti menggiurkan iaitu MB Italian Cheesy Rice Bites! Bagaikan risotto, hidangan yang cukup memenuhi citarasa tempatan. Para penggemar dapat menikmati kehangatan inti MB Italian Cheesy Rice Bites yang disaluti tepung dan digoreng sehingga rangup keemasan. Selain itu, para penggemar juga berpeluang untuk menikmati Sup Cendawan yang sesuai sebagai pembuka selera. Hidangan sampingan ini boleh ditambah pada menu utama bermula pada harga RM2.50 atau à la carte pada harga RM3.80 sahaja.
Bagi rakyat Malaysia yang ingin menikmati kesemua menu Marrybrown Eatalian, MB Italian Box Meal merupakan pilihan yang paling sesuai! Anda bukan sahaja dapat menikmati MB Spaghetti yang enak, hidangan ini juga dilengkapi dengan MB Crispy Chicken, MB Italian Cheesy Rice Bites, Chicken Burger dan segelas Coca-Cola. Pilihan ini bermula pada harga RM27.90.
“Pengembaraan pertama kami ke Korea telah mencatatkan kejayaan dan kami menyeru agar rakyat Malaysia terus memberi sokongan dan sambutan untuk pengembaraan kedua dan seterusnya yang akan datang! Kami berharap hidangan kami mampu memberikan kenikmatan dan kepuasan kepada rakyat Malaysia,” kata Dato’ Joshua.
Marrybrown kini melayani berjuta-juta pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, dan promos and perkhidmatan penghantaran, sila layari:
Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: MarrybrownTV
Delivery: http://mbdelivery.com.my