Jika dahulu setiap kali hujung minggu, pasti anda sudah punya rencana untuk ke kafe atau restoran untuk menikmati hidangan kegemaran. Namun, situasi sekarang sangat berbeza. Kita semua masih berjaga-jaga dengan pandemik Covid-19. Jadi, sudah tentu aktiviti hujung minggu tidak sama seperti dahulu.
Tidak mengapalah, apa kata anda cuba masak sendiri hidangan kegemaran. Buat penggemar roti jala, jom sediakan Roti Jala Sardin daripada Ayam Brand ini. Selain mudah dan jimat masa, kos untuk bahan-bahan juga tidak terlalu mahal.
Bahan-bahan :
1) 250g tepung
2) 250ml air
3) 4 biji telur, dipukul
5) 1 ½ sudu teh garam
6) ½ sudu teh serbuk kunyit
7) 200ml Santan Ayam Brand
8) 1 tin sardin dalam sos tomato Ayam Brand 425g, dihancurkan
9) Minyak masak Kelapa Ayam Brand
Cara penyediaan :
1) Campurkan santan, air dan telur di dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
2) Dalam mangkuk yang lain, tambahkan tepung dan garam yang telah ditapis.
3) Tuang ke dalam campuran santan dan masukkan serbuk kunyit dan kacau.
4) Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak kelapa.
5) Tuang adunan ke dalam bekas acuan roti jala. Tebar acuan atas kuali dan buat bentuk seakan-akan jala.
6) Setelah roti jala siap dimasak. Alihkan dari kuali dan ulangi langkah 5 sehingga habis adunan.
7) Di atas permukaan rata, letakkan 2 sudu sardin yang telah dihancurkan ke atas roti jala dan gulungkannya.
Selamat mencuba!