Makanan Jepun memang popular di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Namun bukan semua makanan Jepun berasaskan ikan seperti sushi sahaja.

Mereka juga pencinta daging dengan cara masakan mereka tersendiri. Ini termasuk daging wagyu yang dibuat menjadi daging ‘hamburger’ istimewa.

Donkai, salah satu restoran terkenal di Malaysia turut menyajikan sajian hamburger istimewa ini. Malah, ia disajikan dengan nasi sesuai cara menikmati makanan orang Asia dan jepun secara umum.

Biarpun restoran Donkai di Malaysia mempunyai beberapa cawangan, kami di Travellah berpeluang mencuba cawangan mereka di Bukit Bintang dan di sini kami senaraikan lima sebab mengapa harus makan di sini.

  1. Lokasi Strategik Berdekatan Stesen MRT

    Donkai di Bukit Bintang terletak di dalam bangunan Bintang Collectionz Hotel dan ia betul-betul berdekatan dengan salah satu pintu keluar stesen MRT Bukit Bintang. Ini memudahkan pelanggan untuk datang ke sini.

    2. Dijamin Halal

    Kesemua makanan di sini sudah dapat pensijilan Halal daripada pihak berkuasa jadi pelanggan yang beragama Islam tidak perlu risau dan boleh menikmati kesemua makanan di sini tanpa ragu-ragu atau was-was.

    3. Penyediaan sajian depan mata

    Oleh kerana mereka mempunyai dapur terbuka, semua pelanggan boleh menyaksikan sendiri penyediaan sajian mereka di depan mata

    4. Harga berpatutan

    Sesuai dengan kualiti makanan yang disajikan, harga hidangan di sini sangat berpatutan dan mampu divuba oleh orang awam.

    5. Kombinasi Pilihan Sajian Yang Banyak

    Terdapat pelbagai jenis pilihan makanan di sini, jadi pelanggan tidak akan bosan dan boleh datang berulang kali untuk mencuba keseluruhan menu yang ada!

    Share:
    , , , , , , , , ,
    You may also like
    Latest Posts from Travellah