Carte d’Or, aiskrim premium dari Wall’s Malaysia melancarkan dua perisa baru bertemakan citarasa kafe Perancis. Mula dilancarkan pada tahun 1978, Carte D’Or merupakan jenama premium yang diilhamkan dari gastronomi Perancis yang hanya menggunakan ramuan yang terbaik dari serata dunia demi menghasilkan aiskrim yang sedap dan lemak berkrim.
Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2021, antara perisa premium aiskrim Carte d’Or terdiri daripada Dark Chocolate Truffles, French Vanilla Crème Glace, Caramel Glace with Almond Tarte Crumbles dan Glace à La Strawberry. Melihat kepada kejayaan Carte d’Or, Wall’s Malaysia memperkenalkan lagi 2 perisa baru yang membawa citarasa sebenar kafe Perancis ke Malaysia – dua perisa terbaru tersebut adalah Cafe Latte Brownie, yang diperbuat daripada kepingan coklat dan brownie dari Itali, manakala Butter Almond Fudge menggunakan kacang badan berkualiti tinggi dari Australia berserta kepingan brownie dan sos fudge coklat.
Abhijit Kulkarni, Pengurus Besar Kluster merangkap Ketua Inovasi Serantau di Unilever Ice Cream Southeast Asia (SEA) berkongsi, “Dari Perancis ke Malaysia, dua perisa baharu yang menyertai rangkaian produk aiskrim Carte d’Or telah dirumus khas untuk membantu anda mencipta dan menggamit detik manis dari keselesaan rumah anda. Disempurnakan dengan ramuan-ramuan berkualiti tinggi dari serata dunia, aiskrim premium ini pasti dapat menambah kenikmatan pada hari anda.”
Aiskrim Café Latte Brownie dan Butter Almond Fudge daripada Carte d’Or boleh didapati di seluruh negara menerusi kebanyakan platform e-dagang dan penghantaran makanan, serta di pasar raya dan kedai serbaneka 7-Eleven berhampiran anda dan berharga RM20 bagi setiap bekas. Selain itu, anda juga berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan ke Paris (#FromCartedOrToParis), selain kredit e- dompet bernilai RM7,000 dengan menyertai peraduan nasional Carte d’Or dengan hanya perlu membeli sekurang-kurangnya 2 bekas (pint) aiskrim Carte d’Or yang baharu ini (Café Latte Brownie dan Butter Almond Fudge) di kedai runcit berhampiran anda*!
Peraduan berlangsung dari 1 Disember hingga 31 Disember 2022. Kunjungi laman rasmi Wall’s Malaysia di https://www.walls.com.my/brands/carte_d_or/contest-n-events.html untuk maklumat lanjut
mengenai aiskrim keluaran Carte d’Or.