The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia (CBTL Malaysia) terus menghidupkan semangat kebersamaan dengan meraikan momen-momen yang menyatukan insan tersayang menerusi kempen ‘Celebration of Fes-tables’ sempena Ramadan Raya kali ini.
Kempen ini merupakan satu penghargaan terhadap erti perkongsian dan kesyukuran. Sepanjang bulan mulia ini, momen sederhana seperti berbuka puasa bersama, berbual selepas iftar dan mengeratkan silaturahim hingga larut malam diraikan dalam suasana yang lebih bermakna.
“Sepanjang Ramadan dan Raya, kafe kami menjadi sebahagian daripada rutin pelanggan, persinggahan sebelum pulang ke rumah, lokasi pilihan untuk iftar, atau ruang istirahat di celah-celah kunjungan dan persiapan perayaan,” ujar Pengarah Urusan CBTL Malaysia, Datuk M. Amar Shah (D.P.S.M.).
“Menerusi ‘Fes-table of Berkat’, kami ingin menghargai detik-detik ini dengan menghimpunkan cita rasa yang membangkitkan suasana perayaan dan memberi keselesaan. Menu kami direka untuk dikongsi, agar setiap kunjungan terasa seperti sebuah perayaan kecil yang penuh kebersamaan dan kesyukuran,” tambah beliau.
Menjadi tumpuan musim ini ialah dua minuman Ice Blended® edisi terhad yang membangkitkan nostalgia perayaan. Matcha Hazelnut Ice Blended® (dengan Kurma) yang berasaskan tumbuhan menampilkan tekstur berkrim dengan kelembutan matcha, diperkaya kemanisan semula jadi kurma dan sentuhan hazelnut.
Chocolate Banoffee Ice Blended® pula menawarkan kelazatan tanpa kopi, menggabungkan rasa pisang karamel dan coklat berkrim untuk pengalaman yang manis, membahagiakan dan menyegarkan.
Rangkaian minuman ini dilengkapkan dengan menu bermusim, daripada hidangan mengenyangkan hinggalah ke pencuci mulut yang sarat dengan nostalgia bagi menyemarakkan setiap kunjungan.
Antara pilihan istimewa termasuklah Nasi Lemak Burger, Ayam Percik Pizza dan Shrimp Cracker Salad, diikuti manisan seperti Walnut Kurma Cake, Mango Pulut Hitam Cake serta Pandan Coconut Cake for Two (dengan Gula Melaka Crème Crown).



Setiap sajian dicipta untuk menyempurnakan momen berbuka, kunjungan perayaan dan kenikmatan harian sepanjang kempen.



Raikan Tradisi Bersama brïk
Sebagai sebahagian daripada ‘Fes-table of Berkat’, CBTL Malaysia bekerjasama dengan jenama fesyen tempatan brïk untuk memperkenalkan koleksi Everbloom, satu kolaborasi yang berteraskan nilai warisan, kesinambungan dan keindahan tradisi turun-temurun.
Selaras dengan semangat musim yang meraikan kebersamaan dan silaturahim, Everbloom menzahirkan sentuhan sentimental dan makna yang melangkaui musim perayaan.
Menerusi kolaborasi ini, CBTL Malaysia terus berkembang sebagai platform gaya hidup yang melangkaui ruang kafe, selari dengan jiwa generasi baharu yang menghargai ekspresi diri, budaya dan komuniti.
Kerjasama bersama label fesyen tempatan seperti brïk turut memperkukuh hubungan dengan audiens muda melalui gabungan reka bentuk kontemporari dan tradisi perayaan yang malar segar.
Koleksi CBTL x brïk menampilkan barangan edisi terhad yang tersedia di kafe terpilih. Bintang utamanya ialah dua beg eksklusif, ‘Seri’ dalam rona Matcha dan ‘Kasih’ dalam rona Hazelnut yang dihiasi sulaman flora.


Turut diperkenalkan ialah The Pocket Bag, aksesori beg mini dalam pilihan warna Chestnut Brown, Olive Green, Burgundy Rose dan Sweet Lilac.

Mulai 9 Mac, pelanggan yang berbelanja minimum RM49 dalam satu resit akan menerima Sampul Raya CBTL x brïk secara percuma berserta baucar eksklusif untuk kunjungan seterusnya.
Sepanjang kempen, minuman akan disajikan dalam cawan panas dan sarung cawan edisi terhad Ramadan CBTL x brïk yang menampilkan rekaan tampalan flora, satu penghargaan terhadap perincian yang menjadikan musim ini lebih istimewa.
Ganjaran Perayaan untuk Kunjungan Lebih Bermakna
CBTL Malaysia turut menawarkan promosi berikut sepanjang kempen ‘Fes-Table Of Berkat’.
Bermula 25 Februari, kafe ini memperkenalkan beberapa tawaran bermusim yang boleh dinikmati sepanjang Ramadan, termasuk pilihan bundle yang memberi lebih nilai kepada pelanggan. Antaranya promosi tiga bagel pada harga istimewa, serta gabungan dua botol Ready Brew Bandung Lychee.
Menjelang waktu berbuka bermula jam 5 petang, tersedia set Ramadan yang merangkumi satu hidangan utama seperti Ayam Percik Pizza atau Black Pepper Chicken Sandwich, dipadankan dengan pilihan minuman sejuk dan kek tertentu pada satu harga tetap.


Dalam tempoh sama, ahli MyCBTL turut menikmati ganjaran eksklusif melalui aplikasi, termasuk penebusan minuman terpilih menggunakan bean points serta e-baucar khas pada hari tertentu untuk pembelian pada harga promosi.
Menjelang Aidilfitri pula, pelanggan yang berbelanja minimum RM49 dalam satu resit bermula 21 Mac akan menerima pin “Eid Mubarak” sebagai cenderahati sementara stok masih ada.
Menu perayaan boleh didapati di kafe CBTL Malaysia yang mengambil bahagian di seluruh negara dari 25 Februari hingga 28 April 2026. Koleksi CBTL x brïk Everbloom serta XL Paper Bag pula ditawarkan secara eksklusif di cawangan terpilih, selagi stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut tentang tawaran terkini, berita dan promosi daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, layari Facebook www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, Instagram @coffeebeanMY, TikTok @coffeebeanMY atau laman sesawang www.coffeebean.com.my. Anda juga boleh muat turun Aplikasi MyCBTL yang tersedia di Apple App Store dan Google Play Store.

