Baru-baru ini kami di Travellah dijemput untuk sesi review restoren stik terbaru di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, The Pacific Grill. Restoren “The Pacific Grill” merupakan sebahagian dari Restoren Zende. Mampu memuatkan seramai 30 pelanggan dalam satu-satu masa, hiasan restoren ini nampak serba mewah dan minima sesuai untuk makan malam romantik, bersama keluarga atau secara berkumpulan.

Menurut Encik Azhar bin Mohammad, Pengurus Besar Seri Pacific Hotel “Setiap menu yang disediakan adalah berdasarkan kehendak dan pendapat pelanggan. Selain itu daging yang digunakan juga adalah antara yang terbaik dan diimport terus dari Australia dan Japan”.

Beef Brisket with Olive Oil and Cilantro

Review dimulakan dengan pembuka selera iaitu “Beef Brisket with Olive Oil and Cilantro’. Daging yang dihiris nipis ini sangat lembut serta gabungan yang sesuai dengan sos minyak zaitun dan ketumbar. Selain itu juga, kami dihidangankan dengan sebakul roti yang baru keluar dari oven. Apa yang menarik lagi, terdapat 2 jenis “butter” disediakan, iaitu perisa biasa dan paprika.

Seterusnya menu yang ditunggu pun tiba – pilihan daging stik yang dibakar enak. Antara daging stik yang dihidangkan adalah daging wagyu sirloin, “BBQ short ribs”, “Lamb Cutlet”, dan daging “Rib Eye”. Menjadi pilihan penulis adalah daging wagyu sirloin yang merupakan gred A5 yang diimport dari Jepun. Dimasak separuh masak, pasti daging wagyu sirloin ini cair dimulut dan sungguh enak dimakan begitu tanpa sebarang sos.

Tomahawk

BBQ Short Ribs juga patut dicuba, selain lembut, ianya juga penuh dengan rasa yang enak hasil dari 3 jam direbus menggunakan rempah rahsia. Bagi peminat kambing pula, “Lamb Cutlet” dari Australia juga wajib dicuba.

Setiap hidangan stik didatangkan dengan beberapa pilihan sayuran, antaranya adalah asparagus bakar, ceri tomato serta cendawan “sautee”. Jika sayuran bukan menjadi pilihan, pelanggan juga boleh memilih kentang lenyek atau goreng. Terdapat 3 pilihan sos yang tersedia, antaranya adalah sos lada hitam, sos cendawan, sos bearnaise dan spearmint. Tetapi bagi penulis, sos mustard menjadi pilihan utama.

Kek Tiramisu Bersama Coulis Segar

Setiap hidangan yang enak, pastinya akan diakhiri dengan pencuci mulut yang manis dan lazat. Penulis dihidangkan dengan Kek Tiramisu bersama Coulis segar. Rasa pahit dari kopi dan sos masam manis menjadi kek Tiramisu adalah antara yang wajib dicuba.

Untuk mereka yang berminat untuk merasai keenakan daging stik di Restoren The Pacific Grill, sila hubungi 011-2175 3626 or 03-4042 5555 untuk membuat tempahan.

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *