[et_pb_section fb_built=”1″ _builder_version=”3.22″ custom_padding=”15px|||||”][et_pb_row _builder_version=”3.25″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat” min_height=”2675.3px” custom_padding=”0px|||||”][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.25″ custom_padding=”|||” custom_padding__hover=”|||”][et_pb_text _builder_version=”3.27.4″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat” custom_padding=”0px|||||”]
Untuk menyebarkan semangat positif sempena Bulan Kopi Sedunia, McDonald’s Malaysia menawarkan tiga juta kopi Americano kepada mereka yang telah divaksinasi.
Untuk mengukuhkan lagi semangat bersatu padu, restoran khidmat segera ini juga memperkenalkan 3.5 juta cawan eksklusif #KitaBoleh untuk McCafé di seluruh negara, bagi menceriakan rakyat Malaysia dan mengingatkan mereka untuk terus sama-sama berdiri teguh dalam susah dan senang.
Baucar untuk McCafé Americano telah diagihkan kepada individu yang menerima vaksin di 75 pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih di seluruh negara, mulai pertengahan September 2021.
Minuman tersebut boleh ditebus dengan mana-mana pembelian produk McDonald’s sehingga 31 Disember 2021. Sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia untuk terus menjalani kehidupan serta menikmati kopi kegemaran mereka, rekaan cawan McCafé tampil dengan mesej semangat #KitaBoleh sepanjang Bulan Kopi Sedunia, Oktober ini.
“Syarikat kami mengambil berat kesejahteraan rakyat Malaysia. Untuk terus meningkatkan semangat juang kita semua, kami memberikan baucar McCafé Americano secara percuma di pusat-pusat pemberian vaksin terpilih di seluruh negara sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menjalankan tanggungjawab mereka.”
“Kami komited untuk menyokong masyarakat dengan apa jua cara dan salah satunya adalah melalui minuman kopi yang sememangnya menjadi kegemaran pelanggan kami,” ujar Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar.
Untuk terus memberikan keseronokan kepada rakyat Malaysia, pelanggan hanya perlu membayar RM1 untuk menukar minuman mereka kepada Iced Latte dengan setiap pembelian McValue Meal.
“McCafé diperkenalkan pada 2012 untuk membawakan pengalaman espresso dan kopi premium berkualiti tinggi kepada semua rakyat Malaysia dengan harga yang berpatutan. Kopi berkualiti yang disediakan oleh barista terlatih kami boleh dinikmati pada bila-bila masa.”
“Untuk Bulan Kopi Sedunia tahun ini, kami berbesar hati menawarkan promosi istimewa ini untuk semua peminat kopi, supaya mereka boleh menikmati McCafé Iced Latte dengan McValue Meal mereka,” tambah Azmir.
Selain pemberian baucar dan promosi naik taraf ke McCafé Iced Latte dengan bayaran RM1, McDonald’s Malaysia juga menawarkan promosi tambahan McCafé di aplikasi McDonald’s sepanjang bulan Oktober, termasuklah RM1.99 untuk Iced Latte bersaiz medium, diskaun 50% untuk minuman-minuman terpilih McCafé dan tawaran istimewa untuk kek McCafé terpilih.
Dihasilkan daripada 100% bijian kopi Arabica berkualiti premium, dibakar sederhana gelap dan baru dikisar, setiap cawan kopi McCafé disediakan sebaik sahaja pelanggan membuat pesanan bagi memastikan kesegaran dan mengekalkan rasa kopi.
Semua minuman dan pencuci mulut yang disediakan di McCafé mematuhi piawaian Halal dan keselamatan makanan dan menerima pensijilan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Bijian kopi yang digunakan untuk membuat minuman berasaskan espresso di McCafé juga adalah daripada sumber yang lestari melibatkan pembekal yang menerima pensijilan Halal.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menarik McCafé sepanjang bulan Oktober, layari laman web rasmi mereka atau ke aplikasi McDonald’s yang boleh dimuat turun di Google Play atau Apple Store.
[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]