Bask Bear, peneraju minuman kopi inovatif Malaysia yang terinspirasi oleh beruang madu Malaya, menyambut tahun baru dengan memperkenalkan kombinasi menarik pada roti bakarnya yang terkenal di pasaran.
Melalui kerjasama bersama Village Park Nasi Lemak, jenama terkenal Grab Signatures, Bask Bear kini memperkenalkan menu inovasi baharu iaitu Bask Bear Sambal Toasties by Village Park – roti bakar yang diseimbangkan dengan rasa pedas sambal Nasi Lemak Village Park yang terkenal.
Sebagai peneraju yang pertama di Malaysia menawarkan Toasties Korea Halal, rangkaian terbaharu ini diharapkan dapat membawa masyarakat lebih dekat dengan cita rasa Malaysia.
“Kami ingin menambah keceriaan pada tahun baru ini dengan menyajikan keunikan sambal nasi lemak Malaysia yang terkenal dalam hidangan roti bakar kami. Kolaborasi bersama Village Park yang terkenal dengan keenakan nasi lemaknya merupakan keputusan yang tepat. Lebih menarik, Village Park kini menawarkan sambal istimewa mereka dalam bentuk botol melalui Jaya Grocer, menjadikan kerjasama ini lengkap dan sempurna,” kata Bryan Loo, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd.
Beliau menekankan bahawa rasa pedas semakin popular dalam pelbagai hidangan serta makanan ringan, dan yakin Bask Bear Sambal Toasties akan disambut baik pada 2024.
“Terinspirasi daripada masakan Malaysia yang pedas, kami menyedari bahawa rasa pedas bukan sekadar ikutan atau ‘trend’ semata tetapi merupakan sebahagian daripada gaya hidup masyarakat Malaysia.
“Kami berinovasi dengan menggabungkan rasa pedas kegemaran ramai dalam roti bakar kami dan menghasilkan Village Park Sambal Toasties dengan kerjasama Grab Signatures. Menu baru Toastie ini dijangka memikat setiap selera Malaysia,” ujarnya.
Loo menyatakan bahawa kerjasama terbaru menggunakan sambal Village Park adalah sejajar dengan strategi Bask Bear dalam menyajikan rasa asli melalui gabungan cita rasa tradisional dalam Toasties Bask Bear.
“Komitmen kami terhadap inovasi merupakan ramuan utama dalam semua resipi kami, dan semangat kami untuk sentiasa mencipta hidangan baharu dan lazat mendorong kami ke hadapan,” katanya.
“Tiada roti bakar lain di pasaran yang menggabungkan cita rasa asli Malaysia sebagaimana yang kami tawarkan. Kami bangga menjadi yang pertama di Malaysia membawakan pengalaman unik ini!” tambah beliau.
Loo menekankan bahawa roti bakar sangat digemari di kalangan pengguna yang menginginkan hidangan ringan atau kudapan berkualiti tinggi yang boleh dinikmati pada bila-bila masa.
Turut hadir bersama Bryan Loo semasa majlis pelancaran Sambal Toasties ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Adelene Foo, pengasas Village Park Nasi Lemak, Datuk Seri Mohd Shamil Ngoh Abdullah, serta isteri beliau selaku pengasas bersama bermula tahun 2002, Datin Seri Aishah Chong.
Pada Mei tahun lalu, Jaya Grocer, salah satu rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia yang terkenal dengan pelbagai bahan segar dan barangan import berkualiti tinggi, bekerjasama dengan Grab Signatures untuk melancarkan Label Persendirian Jaya Grocer, rangkaian produk eksklusif baharu bermula dengan Sambal Nasi Lemak terkenal dari Village Park Nasi Lemak.
“Sebagai rangkaian pasar raya premium terkemuka, kami ingin terus berinovasi dan menggembirakan pelanggan kami,” kata Adelene.
“Kami berbangga kerana Sambal Village Park Nasi Lemak dipilih sebagai Label Persendirian pertama kami, dan akhirnya dapat kami tawarkan kepada pelanggan. Ini merupakan kali pertama sambal ini tersedia hanya di rak Jaya Grocer dan GrabMart.
“Kami teruja untuk menyaksikannya menjadi sebahagian daripada rangkaian toasties baharu Bask Bear. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Bryan Loo dan Loob Holding atas sokongan yang diberikan,” tambah beliau.
Datuk Seri Mohd Shamil begitu gembira melihat sambal istimewa beliau kini turut digunakan oleh jenama kopi dan toasties yang terkenal. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Loob Holding dan Jaya Grocer kerana menjayakan kerjasama ini.
“Saya yakin setiap rakyat Malaysia akan menikmati inovasi unik dari Bask Bear ini yang menggabungkan keenakan rasa tradisional sambal istimewa kami yang sesuai dipadankan dengan pelbagai hidangan,” kata beliau.
Sambal Toasties baharu boleh didapati di semua cawangan Bask Bear secara pembelian terus di kedai (‘walk-in’), atau melalui perkhidmatan penghantaran mulai 4 hingga 31 Januari 2024, kecuali di cawangan 1Utama dan Pavilion Elite.
Rangkaian Toasties terkini terdiri daripada tiga pilihan:
- Sambal Daging pada harga RM14.90
- Sambal Crispy Chicken juga pada harga RM14.90
- Sambal Hashbrown dan Telur pada harga RM12.90
Seiring dengan pelancaran tersebut, Bask Bear dan Jaya Grocer akan turut bersama-sama menawarkan promosi istimewa mulai 4 hingga 31 Januari 2024:
• Untuk setiap pembelian roti Baker’s Son, cili atau pes sambal di Jaya Grocer, pelanggan berpeluang menebus Hazelnut Choco latte secara PERCUMA di Bask Bear dengan pembelian mana-mana Sambal Toastie.
• Sertai permainan interaktif di Jaya Grocer Starling Mall dan berpeluang memenangi baucar.
• Pelanggan Bask Bear yang membuat pembelian sambal Village Park melalui GrabMart akan menerima beg jenis ‘non-woven’ percuma, terhad dari 8 hingga 31 Januari 2024.
Sementara itu, Bryan Loo turut memperkenalkan Aplikasi Bask Bear baharu yang membolehkan pelanggan membuat pesanan dengan lebih lancar dan mudah.
“Aplikasi Bask Bear kami yang dilancarkan pada 20 Disember yang lalu menyediakan perkhidmatan ‘pick up’ dan servis penghantaran, serta dilengkapi dengan program keahlian yang membolehkan pelanggan mengumpul mata ganjaran bagi setiap pembelian, sama ada melalui kaunter atau menerusi aplikasi.
“Bagi menyambut dan meraikan pengguna baharu aplikasi ini, mereka akan menikmati DISKAUN 40% dengan pembelian minimum RM25 bagi transaksi pertama mereka. Jadi, jangan lepaskan peluang dan muat turun Aplikasi sekarang!” kata Loo.
Faedah Utama bagi ahli Bask Bear adalah seperti berikut:
• 2x mata ganjaran untuk setiap ringgit (RM) yang dibelanjakan
• Minuman percuma semasa bulan ulang tahun kelahiran
• Kumpulkan mata ganjaran dan tebus minuman atau roti bakar percuma
• Promosi bulanan eksklusif