Jika anda gemar bercuti ke Melaka pada hujung minggu, kini ada lokasi terbaharu untuk anda mengisi waktu malam dengan aktiviti menarik sambil menjamu selera dan berhibur.
Puteh Rooftop Bar Melaka yang terletak di Eco Tree Hotel, Melaka adalah bukti keindahan alam dan warisan budaya boleh bersatu menjadi daya tarikan yang boleh dinikmati oleh sesiapa yang menggemari suasana penuh keceriaan.
Baru-baru Travellah mendapat undangan untuk sama-sama meraikan pembukaan rasmi lokasi hiburan ini. Setiap tetamu berpeluang melalui sebuah acara malam yang cukup menyeronokkan, di mana pada awalnya masing-masing dapat menikmati pemandangan matahari terbenam yang mengasyikkan.

Acara eksklusif itu berlangsung dalam suasana serba putih yang memikat, bagaikan membawa diri ke Santorini yang indah. Malam yang menawan itu dimeriahkan dengan persembahan muzik secara langsung, pertunjukan api yang memukau, serta gemersik gesekan biola oleh anak muda berbakat, Martin Looi.



Ketika DJ mula beraksi dengan alunan muzik yang menghangatkan suasana malam, Puteh Rooftop Bar berubah menjadi syurga gastronomi, menyajikan menu yang disusun rapi yang mempamerkan pelbagai hidangan kulinari yang indah, termasuk Pollo Al Ajillo, Commando Chips, Sweet Potato Salad, Spaghetti Butter Lemon, Spaghetti Goreng Sambal, Chicken Ham Pizza, dan brownie mini.

Untuk menghilangkan dahaga, tetamu boleh memesan pelbagai minuman menyegarkan yang disediakan oleh pelayan bar berpengalaman.
Pemilik Puteh Rooftop Bar Melaka, Alex Martin menyatakan dedikasi pasukan untuk mencipta suasana kehidupan malam yang unik untuk dihayati oleh penduduk Melaka dan juga pengunjung dari luar yang bercuti ke Melaka.
“Jika anda perhatikan di sekeliling kawasan ini, anda pasti sedari tidak ada lagi tempat hiburan seperti yang kami tawarkan. Saya dan pasukan yakin, Puteh Rooftop Bar Melaka boleh menempa nama sama seperti Puteh Beach Bar Kuantan.”
“Tambahan pula, tempat atas bumbung yang mempesonakan ini tersedia untuk acara tertutup, menyediakan suasana yang memikat untuk majlis perkahwinan, majlis korporat dan parti hari jadi,” ujar Alex.


Ikuti perkembangan terkini dan mulakan perjalanan luar biasa melalui dunia Puteh Rooftop Bar dengan mengikuti akaun Instagram mereka @putehrooftopmelaka.
Beroperasi setiap hari dari jam 4 petang hingga 12 tengah malam pada hari bekerja, dan 4 petang hingga 2 pagi pada hujung minggu dan malam cuti umum.