Mokky’s Pizza, sebuah pizzeria tempatan dengan bangganya mengumumkan kerjasama yang menarik dengan OnePlusTwo (OPT), jenama streetwear terkenal di Malaysia dengan lebih 90,000 pengikut setia atau lebih dikenali sebagai #KroniOPT.

Kerjasama unik ini bertujuan untuk menyatukan cinta kepada pizza dan fesyen streetwear yang trendi, menyasarkan pasaran massa di Malaysia.

Menampilkan pakaian streetwear edisi terhad yang diilhamkan oleh penjenamaan ikonik Mokky’s Pizza, pencinta fesyen boleh mendapatkan pelbagai barangan streetwear yang bergaya, termasuk t-shirt yang berharga RM159, topi trucker  berharga RM139, dan rantai kunci berharga RM39.

T-shirt berharga RM159
Topi trucker berharga RM139
Rantai kunci berharga RM39

Ketua Pegawai Eksekutif Mokky’s Pizza, Umar Abdul Aziz menyatakan bahawa, setiap item dalam koleksi ini adalah bukti kepada kreativiti dan kualiti yang dihasilkan oleh kedua-dua jenama.

 “Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan OPT. Sebagai sebuah jenama yang dekat dengan golongan muda, jenama ini mempamerkan semangat kreativiti dan inovasi. Kerjasama ini adalah gabungan sempurna antara semangat kami terhadap makanan dan fesyen trendi.

Bagi Pengarah Pemasaran Mokky’s Pizza, Muhammad Azfar Abdul Aziz pula, kerjasama julung kali ini adalah bukti komitmen pihaknya untuk mempersembahkan hidangan yang enak dan mendatangkan keseronokan.

“Kerjasama dengan OPT ini adalah contoh komitmen kami untuk menggabungkan keseronokan dan rasa, dan kami teruja untuk melihat pelanggan kami menerima gabungan unik pizza dan streetwear ini.”

“Kami percaya setiap kunjungan ke Mokky’s Pizza seharusnya menjadi satu perayaan, dan kami menantikan untuk mencipta lebih banyak detik istimewa bersama komuniti kami,” ulas Azfar.

Pengasas OnePlusTwo, Hakim Mazlan, juga turut berkongsi kegembiraannya. Jelas Hakim, dia berharap kerjasama sebegini boleh membawa kedua-dua jenama untuk pergi lebih jauh di masa hadapan.

“Ini adalah kerjasama yang sangat menarik kerana ini kali pertama jenama kami bekerjasama dengan jenama makanan dan minuman. Saya berharap jenama kami (OPTXMOKKYS) dapat berkongsi lebih banyak love and power ,” ulasnya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan koleksi esklusif ini boleh buat pembelian segera kerana stok semakin berkurangan. Belian boleh dibuat di dalam talian di https://www.oneplustwo.my/.

Terdahulu, Mokky’s Pizza dan OPT telah menganjurkan satu acara istimewa di kedai utama Mokky’s Pizza di Subang Parade bagi meraikan kerjasama ini.

Acara yang diadakan dari jam 5 petang sehingga 10 malam itu dihadiri oleh oleh rakan-rakan media dan juga pempengaruh fesyen terkenal untuk sesi ‘pizza party #MokkysXOPT’.

Tetamu dapat menikmati pelbagai hidangan enak yang disediakan oleh Mokky’s Pizza

Selain dapat menjamu selera dengan pelbagai hidangan piza yang lazat, tetamu yang hadir juga boleh  turut serta dalam beberapa aktiviti menghiburkan seperti pertandingan melipat kotak piza, dan mencipta piza kegemaran.

Pertandingan melipat kotak piza, pemenang bawa pulang baucer tunai

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah