Hidangan Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Belimbing Buluh memang sukar ditolak. Jadi, tak hairanlah ramai yang sanggup memandu jauh untuk menikmati menu ini di restoran-restoran kegemaran mereka.

Musim-musim pandemik ini pergerakkan kita pasti terbatas, jadi Travellah kongsikan resipi enak ini untuk anda cuba masak di rumah.

Bukan calang-calang orang yang punya resipi, ia disediakan oleh Chef Selebriti, Dato’ Fazley Yaakob. Menariknya, Datuk Fazley turut berkongsi ilmu cara-cara untuk membuat daging salai.

Bahan-bahan:

300 gram daging batang pinang
15 biji cili api
4 biji belimbing buluh (star fruit)
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
2 batang serai
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
3 keping asam jawa
250 ml santan
1 sudu kecil serbuk kunyit
100 ml air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara membuat daging salai:

1) Sapukan daging batang pinang dengan serbuk kunyit dan sedikit garam dan panaskan kuali non-stick tanpa menggunakan minyak.

2) Apabila kuali panas, masukkan daging dan biarkan ia bertukar keperang-perangan keseluruhan. Ketepikan seketika untuk menyediakan kuah masak lemak cilia pi.

Cara membuat kuah:

1) Kisar cili api, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan kunyit hidup dengan menggunakan mesin pengisar.

2) Kemudian tuangkan ke dalam air dan biarkan mendidih.

3) Masukkan daging salai yang telah dihiris dan tambahkan serbuk kunyit serta kepingan asam jawa.

4) Masukkan santan dan akhir sekali masukkan belimbing buluh. Kacau sehingga masak dan perisakan masakan.

Selamat mencuba. Kongsikan gambar masakan anda di sosial media dan jangan lupa tag IG kami di @travellah.my

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *