Seperti yang ramai sedia maklum, Biro Pelancongan Taiwan sekali lagi telah membawakan Kempen Salam Taiwan, sebuah program percutian mesra Muslim sebagai satu usaha menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkunjung ke negara ‘Jantung Asia’ tersebut.
Duta Salam Taiwan 2023/24 yang tidak asing lagi – Ayda Jebat telah dibawa ke pelbagai destinasi pelancongan menarik di seluruh Taiwan untuk merasakan sendiri akan pengalaman bercuti ke pulau indah ini.
Apabila ditanya akan soal makanan sepanjang beliau berada di sana, Ayda telah melahirkan rasa terperanjatnya kerana terdapat banyak pilihan restoran atau gerai snek yang halal seta mesra Muslim, tidak seperti yang dikhuatiri olehnya sebelum menjejakkan kaki buat kali pertama di Taiwan.
Lebih melegakan lagi, status makanan halal di Taiwan adalah diselia oleh 3 badan berwibawa iaitu Persatuan Cina Muslim, Pusat Halal Taiwan dan Persatuan Islam Taiwan. Berikut adalah antara pilihan makanan, minuman dan snek halal dan mesra Muslim yang paling digemari oleh Ayda di sepanjang pengembaraan tersebut :
MI DAGING

Ketika berada di Taipei City, Ayda telah berpeluang untuk berkunjung ke restoran berusia 60 tahun, dan sememangnya tersohor bukan sahaja dikalangan pengunjung beragama Islam, tetapi juga oleh pelbagai bangsa dan agama.
Ini adalah kerana dagingnya yang begitu empuk dan enak, serta ladu atau dumplingnya yang amat lazat. Menariknya, restoran ini juga telah mendapat pengiktirafan Michelin berikutan kelazatan dan kualiti hidangannya!
Chang Beef Noodle Shop – No. 21, Yanping South Road, Zhongzheng District, Taipei City
Sekiranya anda berkunjung ke daerah Kaohsiung di Taiwan Selatan pula, pastikan anda singgah ke restoran mi daging yang berjiran dengan masjid daerah ini – restoran ini diusahakan oleh jawatankuasa masjid sendiri. Seperti juga Ayda, anda pasti jatuh cinta akan hidangan di sini!

MAKANAN INDONESIA
Chen Lili Indonesian Restaurant – No.276, Wufu 4th Rd., Yancheng Dist., Kaohsiung City, Taiwan
Ketika berada di Kaohsiung, Taiwan Selatan, Ayda sempat menikmati juadah asli Indonesia yang mengubat kerinduan juadah yang biasa didapati dimana sahaja di Malaysia.
Restoran ini sememangnya menyajikan juadah mengikut selera kita, ini dibuktikan oleh tandatangan ramai insan terkenal di Malaysia di bahagian dindingnya, sebagai tanda mereka pernah berada di situ!
MAKANAN ORGANIK
Ketika berkunjung ke ladang teh yang diusahakan oleh kaum orang asli Tsou di pergunungan Alisan, Ayda telah dijamu dengan makanan organik yang amat unik, serta lazat!
YuYuPas Tsou Cultural Tribe Park – Daerah Chiayi, Taiwan Selatan.
BUBBLE TEA
Pastinya tidak sempurna kunjungan anda ke Taiwan sekiranya anda tidak mencuba Bubble Tea yang menjadi kegilaan di seluruh dunia ini! Boleh didapati di seluruh Taiwan.
AIS KISAR (SHREDDED ICE) & SMOOTHIE
Tidak sempurna rasanya jika tidak menikmati ais kisar Taiwan yang terkenal di seluruh dunia itu. Ketika berkunjung ke daerah Kaohsiung, Ayda telah singgah ke salah sebuah restoran yang menyajikan ais kisar dalam mangkuk gergasi – cukup untuk 10 orang!
Kelazatan ais kisar yang disertakan dengan buah-buahan ini sememangnya menjadi kenangan manis buat Ayda dan pasukannya!

Boleh didapati di seluruh Taiwan.
MAKANAN ARAB
Abdu Arabian Cuisine – 2F.-1, No. 106, Sec. 3, Xinsheng S. Rd., Da’an Dist., Taipei City 106, Taiwan
Menjadi pilihan pelajar, khususnya yang beragama islam dari universiti berhampiran, restoran arab yang dimiliki oleh pasangan Arab-Taiwan ini sememangnya menyediakan juadah timur tengah asli yang lazat.
Walaupun terpaksa menunggu sedikit lama berikutan setiap juadah hanya akan dimasak mengikut pesanan, kelazatan aslinya membuatkan penantian Ayda menjadi amat berbaloi!
JUS BETIK SUSU
Minuman kegemaran Ayda di Taiwan! Sekiranya anda berjalan di pasar malam, anda pasti akan melihat barisan yang panjang – menunjukkan betapa minuman popular yang lazat ini seharusnya dicuba oleh semua yang berkunjung ke Taiwan. Boleh didapati di seluruh Taiwan.
KEK NANAS
Terdapat sebuah restoran yang menghidangkan kek nanas dan teh herba oolong secara percuma di pelabuhan pisang, Kaohsiung. Hakikatnya, ia adalah gimik pemasaran yang bijak, kerana apabila
Ayda mencubanya, dia terus membeli beberapa kotak untuk di bawa pulang ke Malaysia . Kelazatannya menyebabkan Ayda menyenaraikannya sebagai antara pilihan kegemarannya sepanjang berada di Taiwan!
Boleh didapati di seluruh Taiwan.
PELBAGAI PILIHAN SNEK
Tahukah anda, Taiwan memiliki lebih 1000 snek jalanan? Biskut nougat, mochi, wagashi dan pelbagai lagi snek menjadi kegemaran Ayda sepanjang berada di Taiwan!

Boleh didapati di seluruh Taiwan.
BERKENAAN KEMPEN SALAM TAIWAN 2023
Kempen Salam Taiwan 2023 adalah dianjurkan oleh Biro Pelancongan Taiwan di Malaysia bagi mempromosikan Taiwan sebagai Destinasi Sensasi Mesra Muslim kepada rakyat Malaysia. Secara kasarnya, kelebihan Taiwan sebagai destinasi percutian boleh dibahagikan kepada empat kategori :
Mesra Muslim - Taiwan adalah diiktiraf sebagai “Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC) dalam majlis “Anugerah Pelancongan Halal 2022”
Romantik – Keindahan alam semula jadi, digandingkan pula dengan kecanggihan metropolitan, Taiwan sememangnya bagai syurga buat mereka yang bercinta!
“Trending” – Sesuai dengan imejnya sebagai “Jantung Asia”, Taiwan menawarkan pelbagai tarikan terkini dan “trendy” pada harga yang menarik buat pelancong. Terdapat pelbagai destinasi membeli-belah – semuanya menjanjikan fesyen, gajet – malah mainan yang terkini!
“Vibrant” – lokasi-lokasi yang memiliki bangunan dengan rekabentuk unik dengan persekitaran berwarna-warni, keunikan juadah yang ditanam di sekitar tempat penginapan, gaya hidup di ladang ternakan yang diselubungi kabus, pemandangan matahari terbit menakjubkan, gaya hidup metropolitan serba moden – pelbagai aktiviti menarik menanti semua!
Nak tengok diari pengembaraan Duta Pelancongan Mesra Muslim ke Taiwan – Ayda Jebat dan pasangannya – Nabil Mahir sepanjang di Taiwan? Saksikan video Salam Taiwan melalui Youtube rasmi Biro Pelancongan Taiwan, https://www.youtube.com/@tbrockltaiwan_tourism5829