Crowne Plaza Kuala Lumpur City Centre kembali dengan bufet makan malam bagi meraikan kehadiran Ramadan kali ini. Untuk tahun kedua ini, mereka sekali lagi membawakan Bufet Selera Kampungku, yang meraikan warisan kuliner Malaysia yang mewah.
Disajikan setiap malam di Restoran Merchants, yang terletak di Tingkat 13, bufet tahun ini menjanjikan lebih banyak pilihan hidangan autentik citarasa kampung yang disediakan dengan teliti oleh pasukan chef berbakat mereka yang diketuai oleh Chef Eksekutif Adrian Jackson.
Direka untuk mengumpulkan keluarga dan rakan-rakan, pengalaman makan ini adalah perayaan sebenar rasa, tradisi, dan kebersamaan.
Sebuah Perjalanan Kuliner yang Menonjolkan Asal Usul Chef
Mulakan pengembaraan gastronomi yang menampilkan hidangan khas dari Semenanjung Malaysia, yang disediakan dengan kepakaran oleh pasukan chef terlibat.
Chef Saiful meningkatkan hidangan rendang dengan daging wagyu premium, manakala Chef Irazrie tampil dengan kambing golek yang lembut dan berjus.

Chef Seeing yang berasal dari Melaka menghidangkan Nasi Ayam Hainan yang menggunakan beras wangi yang harum membuka selera. Ayamnya pula dipanggang serta dikukus dengan sempurna.
Chef Amier tampil dengan Murtabak Johor yang tidak kalah enaknya. Rasakan sendiri betapa ranggup kulitnya dan isi rempah yang menggoda.
Untuk rasa yang menenangkan, Chef Izdhar menyediakan Sup Tulang Kambing Pulau Pinang, manakala Chef Venga mempersembahkan pelbagai hidangan India, termasuk Nasi Briyani Ayam Bombay.

Bagi pilihan yang lebih ringan namun berperisa, ABC Kelantan oleh Chef Atirah dan Rojak Kuala Selangor Chef Nani merupakan pilihan yang mampu memanjakan lidah.

Sementara itu, Chef Dinie mempersembahkan pilihan hidangan Bakar-Bakar khas dari Perak, yang memberikan keseimbangan sempurna antara rasa berasap dan kelembutan.
Untuk menyudahkan sesi menjamu selera dengan sesuatu yang manis, bolehlah cuba apam balik istimewa daripada Chef Pastri, Mohd Norsalam dari Kedah.




Bufet Selera Kampungku tersedia dari 3 Mac hingga 27 Mac hadapan, bermula darip 6.30 petang hingga 10.30 malam.
Harga untuk dewasa ialah RM238++, kanak-kanak (6 hingga 12 tahun) RM118++ dan warga emas (60 tahun dan ke atas) RM158++. Istimewa untuk Ahli IHG One Rewards, anda boleh menikmati diskaun 20% daripada jumlah bil.
Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi +6012 866 8121 atau e-mel fbgroup.cpklcc@ihg.com.
Anda juga boleh mengikuti Crowne Plaza Kuala Lumpur di Instagram dan Facebook untuk maklumat promosi terkini.