Peminat teh kini mempunyai satu lagi pilihan untuk menikmati minuman kegemaran mereka apabila Tealive memperkenalkan Sparkling Prebiotic Tea Soda, rangkaian minuman teh berkarbonat sedia diminum (RTD) pertama di Malaysia.
Menggabungkan teh, jus buah sebenar dan karbonasi ringan, rangkaian terbaharu ini membawa pendekatan berbeza terhadap minuman teh yang selama ini sinonim dengan Tealive.
Dilancarkan di Kuala Lumpur pada 5 November lalu, pelancaran Sparkling Prebiotic Tea Soda disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Berbeza daripada minuman teh sedia diminum yang biasa terdapat di pasaran, Tealive Sparkling menggunakan teh yang dibru sejuk bersama jus buah sebenar dan karbonasi ringan. Ia turut mengandungi prebiotik serta tidak menggunakan pewarna tiruan.
Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo, pengenalan rangkaian ini merupakan sebahagian daripada usaha Tealive meneroka cara baharu untuk menikmati teh.
Katanya, meskipun teh sudah menjadi sebahagian daripada identiti jenama itu, cita rasa dan cara pengguna menikmatinya terus berubah. Justeru, gabungan teh, buah-buahan, karbonasi dan prebiotik diperkenalkan bagi memberikan pengalaman berbeza kepada peminat minuman teh.
Empat Perisa Dengan Tarikan Tersendiri
Tealive Sparkling hadir dengan empat pilihan perisa yang menggabungkan karakter teh dan buah-buahan.
Passion Fruit Pineapple Tea menawarkan gabungan rasa markisa dan nanas yang menyegarkan, manakala Lychee Oolong Tea mengetengahkan kemanisan laici bersama aroma teh oolong.


Bagi mereka yang menggemari rasa lebih lembut, White Peach White Tea menggabungkan rasa buah pic putih dengan aroma teh putih. Sementara itu, Apple Lemon Oolong Tea menampilkan kombinasi epal dan lemon bersama teh oolong.
Dikemas dalam tin yang mudah dibawa, rangkaian ini sesuai dinikmati di rumah, pejabat mahupun ketika dalam perjalanan.
Tealive Perluas Penawaran Ke Pasaran Runcit
Pelancaran Sparkling Prebiotic Tea Soda turut menandakan perkembangan Tealive daripada minuman yang disediakan mengikut pesanan di cawangan kepada kategori minuman sedia diminum yang semakin mendapat tempat dalam pasaran.
Sejak diperkenalkan di Malaysia pada 2017, Tealive berkembang menjadi jenama minuman gaya hidup dengan kehadiran di sembilan pasaran antarabangsa.
Terbaharu, jenama itu memasuki pasaran Bangladesh pada Oktober 2026 menerusi pembukaan tiga cawangan, manakala operasinya di Filipina kini merangkumi 40 cawangan dengan sasaran untuk berkembang kepada 100 cawangan menjelang 2028.
Tealive Sparkling kini boleh didapati di cawangan terpilih 7-Eleven, Econsave, Jaya Grocer, Village Grocer, Petron, BilaBila Mart dan The Food Merchant, selain menerusi platform e-dagang Tealive.
Dengan empat pilihan perisa yang ditawarkan, rangkaian terbaharu ini membuka satu lagi ruang untuk Tealive meneroka potensi teh dalam bentuk yang lebih moden, sekali gus memberikan pengguna pilihan berbeza selain menikmati minuman teh seperti yang biasa dinikmati di kafe.

