Pada bulan Ramadan tahun ini, para tetamu berpeluang menikmati kesenian tradisi kulinari diraja Malaysia dengan Sajian Istana di JPteres, Grand Hyatt Kuala Lumpur. Nikmati pelbagai pilihan hidangan diraja yang disusun rapi oleh barisan chef yang berbakat melalui masakan istana yang mewah dan menyelerakan. Dengan latar dekorasi yan elegan dan berinspirasikan istana diraja, pengalaman berbuka puasa ini akan disertai oleh alunan muzik Gamelan yang mempersonakan serta aktiviti cabutan bertuah pada setiap hari.

SAJIAN ISTANA: KULINARI TRADISI ISTIMEWA DIRAJA

Tema bufet Ramadan pada tahun ini diilhamkan dari masakan warisan diraja Malaysia, iaitu khazanah kulinari yang berharga seperti hidangan traditional, kaedah dan cara masakan yang diwarisi turun-temurun. Masakan istana yang tersohor ini mencerminkan pengaruh budaya, sejarah dari negeri-negeri di Malaysia yang sering menampilkan resepi yang unik, di mana ia menggunakan bahan-bahan yang jarang ditemui, serta rasa enak yang dahulunya dinikmati oleh golongan diraja dan bangsawan. Hidangan tradisi kulinari ini mengekalkan ciri-ciri yang autentik serta menekankan pemeliharaan teknik masakan sambil menawarkan pengalaman gastronomi yang tidak dapat dilupakan. Setibanya di JPteres, para tetamu akan disambut dengan alunan muzik Gamelan yang memukau yang dimainkan sepanjang malam. Persembahan ini turut dilengkapi dengan tarian tradisional Gamelan, salah satu seni tari Melayu klasik yang pertama kali dipersembahkan di Tanah Melayu pada tahun 1811.

Di pintu masuk utama JPteres, para tetamu akan disambut oleh dua hulubalang (penjaga pintu istana) yang lengkap berpakaian tradisional Melayu klasik, menciptakan suasana dan pengalaman seperti menjejakkan kai ke dalam istana. Dekorasi di sekitar JPteres, samada di bahagian dalam ataupun luar, memancarkan suasana yang mewah. Para tetamu boleh menikmati juadah berbuka puasa yang memikat rasa seperti Urap Kangkung Pucuk Paku, Urap Pegaga Ikan Rebus, Popiah Basah, Rojak dan pelbagai jenis acar. Bufet Ramadan diteruskan dengan hidangan dari bahagian Charcoal Grilled, termasuk Kepak Ayam Bakar, Sate, Otak Otak, Sata Ikan, Udang Bakar Percik, Ketam, Kerang Bakar dan banyak lagi.

Kesemua bahan yang digunakan terdiri daripada pilihan makanan laut yang mampan, ayam yang diternak melalui sistem umbaran (cage-free) dan juga daging lembu grass-fed. Bahagian Specialty JPteres dan Hidangan Lokal pula menyajikan hidangan ikonik yang wajib ada pada bulan Ramadan seperti Bubur Lambuk, Kambing Bakar, Gearbox Soup, Murtabak Kambing, Ambur Mutton Briyani, Lemang dan Rendang. Bagi melengkapkan pengalaman berbuka puasa, pelbagai hidangan pencuci mulut moden dan klasik turut disediakan bagi memberikan pengalaman gastonomi yang benar-benar tidak dapat dilupakan.

Chef de Cuisine JPteres, Chef Ayub Hassan berkata, “Pada bulan Ramadan ini kami membawakan hidangan klasik yang diilhamkan oleh tradisi kulinari warisan diraja Malaysia, yang kaya dengan rasa unik. Para tetamu berpeluang menikmati hidangan Istimewa seperti Pesamah Daging, Opor Ayam Kacang, Ketupat Sotong dan banyak lagi.” Antara juadah istimewa dalam Sajian Istana ialah Pesamah Daging yang empuk dan aromatik, sesuai dinikmati bersama nasi minyak atau roti, serta Ketupat Sotong, juadah istimewa dari Pantai Timur dimana sotong yang disumbat dengan pulut dan dimasak dalam kuah santan yang pekat. Para tetamu juga boleh menikmati Opor Ayam Kacang, hidangan tradisi diraja yang diilhamkan oleh Permaisuri Pahang, serta Udang Galah Sambal Lado, hidangan udang galah dalam sambal pedas gaya Minang. Menu bufet Ramadan ini turut menyajikan Botok-Botok, hidangan yang popular dari negeri Johor, serta Nasi Ayam Claypot.

Tarikh              : 3–30 Mac 2025

Tempat            : JPteres, Ground Floor – Grand Hyatt Kuala Lumpur

Masa                : 6:30 PM – 10:30 PM

E-Brochure      : Klik disini

Harga               :

            Harga Istimewa (3-7 & 28-30 Mac)

  • Dewasa: MYR 198 nett | Kanak-kanak: MYR 124 nett

*First-come, first served seating (indoor dan outdoor)

Harga Biasa (8.27 Mac 2025)

  • Indoor Seating: Dewasa – MYR 248 nett | Kanak-kanak – MYR 124 nett
  • Outdoor Seating: Dewasa – MYR 228 nett | Kanak-kanak – MYR 124 nett

*Kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun

Group Booking

  • Indoor Seating: MYR 228 nett (Dewasa)
  • Outdoor Seating: MYR 208 nett (Dewasa)

*Tempahan minimum 10 orang dewasa

Ruang Private Diraja

  • JP1: Pembelian minimum MYR 2,500 untuk 10 orang
  • JP2: Pembelian minimum MYR 2,000 untuk 8 orang

Pada bulan Ramadan ini, Grand Hyatt Kuala Lumpur menjemput anda untuk berbuka puasa sambil menikmati juadah tradisi kulinari diraja bersama keluarga dan rakan-rakan. Tetamu boleh membeli tiket Ramadan bufet melalui kedai e-voucher.. Untuk tempahan dan pertanyaan, sila emel ke restaurant.kuagh@hyatt.com atau hubungi JPteres di +60 12-621 9869 / +603 2203 9188.

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah