Malaysia, khasnya kawasan Lembah Klang memang tersohor dengan banyak tempat makan yang menawarkan sajian enak serta halal, namun terdapat beberapa konsep restoran yang lebih popular dari lain.
Antaranya adalah restoran berkonsep ‘hot pot’ yang memberi peluang tetamu merebus dan membakar sajian pilihan sendiri.
Salah satu restoran seperti ini yang semakin menjadi perhatian warga Lembah Kelang adalah Zu Chuan Hot Pot di I-City. Restoran ini mempunyai lebih dari satu cawangan dan kami di Travellah berpeluang mencuba cawangan ini kali ini.
Mempertaruhkan konsep ‘hot pot’ yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia, ia bukan sahaja sesuai untuk makan tetapi juga strategik kerana terletak di kawasan pusat membeli-belah.
Senireka dalamannya yang kemas dan kontemporari menjadikannya sangat selesa untuk para pengunjung.
Yang membuatnya lebih menarik terdapat beberapa bilik VIP yang menyediakan perkhidmatan karaoke buat para pengunjung.
Jadi, selesai menjamu selera boleh juga menikmati juadah yang ada.
Soal hidangan pula memang tidak mengecewakan sama sekali. Ini termasuk aneka daging dan makanan laut serta ikan.
Tidak lupa juga hidangan utama seperti daging wagyu Jepun dan Australia yang sangat menyelerakan.
Satu lagi yang mesti dicuba sudah tentulah pencuci mulut mereka seperti tat, kuih dan juga ada mesin aiskrim untuk mereka yang sukakan aiskrim selain ais kacang (yang juga ada di sebelahnya)
Dengan lokasi pusat membeli-belah yang terletak di kawasan tumpuan I-City, Shah Alam wajarlah untuk beristirehat sejenak dan mencuba hidangan yang tersedia di sini.
Bukan sahaja harga makanannya berpatutan dan senireka dalmannya ada cerita tersendiri tetapi kualitinya yang enak dan lazat menjadikannya pilihan yang sesuai buat sesiapa sahaja yang ingin menikmati makanan yang halal dan sedap!