Cuti sekolah mungkin sudah hampir ke penghujungnya, tetapi masih ada masa untuk mencipta momen istimewa bersama anak-anak.

Jika anda masih mencari destinasi yang sesuai untuk mengisi baki cuti sekolah, Pavilion Bukit Jalil menawarkan pelbagai aktiviti mesra keluarga yang boleh dinikmati oleh semua peringkat umur di bawah satu bumbung.

Bagi ibu bapa yang ingin memastikan anak-anak kekal aktif dan terhibur, terdapat banyak tarikan interaktif yang menarik untuk diterokai. Antaranya ialah ACTIVATE yang menawarkan cabaran permainan interaktif berasaskan refleks dan kerjasama, sesuai untuk aktiviti keluarga.

Kanak-kanak yang gemarkan taman permainan pula boleh mengunjungi Pinkfong Baby Shark Adventure Ville by Toy World atau Playhouse by Mattel yang menampilkan karakter kegemaran seperti Barbie, Hot Wheels dan Thomas & Friends.

Selain itu, beberapa acara istimewa turut berlangsung sepanjang musim cuti sekolah. Pengunjung boleh menikmati pelbagai pop-up menarik termasuk Supergirl Pop-Up yang menampilkan arca bersaiz sebenar dan barangan eksklusif, serta acara sukan seperti Li-Ning Tiga Saga Cup 2026 yang menjanjikan suasana penuh semangat dan hiburan untuk seisi keluarga.

Bagi keluarga yang suka melakukan aktiviti bersama, Pavilion Bukit Jalil turut menawarkan pelbagai pengalaman yang menggalakkan kreativiti dan interaksi.

Luangkan masa menghasilkan karya seni dan kraf di FairyTale Art & Craft, mencuba aktiviti DIY di Good Times DIY Studios atau menguji minda bersama-sama di Puzzle Planet. Aktiviti sebegini bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.

Tidak lengkap sesebuah percutian tanpa menikmati hidangan yang menyelerakan. Pavilion Bukit Jalil menyediakan pelbagai pilihan makanan yang sesuai untuk seisi keluarga.

Daripada snek ringan seperti churros dan pencuci mulut, hinggalah hidangan santai yang boleh dinikmati bersama-sama, semuanya mudah didapati di sekitar pusat beli-belah ini.

Malah, terdapat juga pelbagai pilihan restoran dan premis makanan yang sesuai untuk pengunjung Muslim, menjadikannya destinasi yang mesra keluarga dan Muslim-friendly.

Sebelum sesi persekolahan bermula semula, inilah masa terbaik untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak. Sama ada untuk bermain, membeli-belah, menikmati makanan atau sekadar bersiar-siar, Pavilion Bukit Jalil menawarkan pengalaman keluarga yang lengkap dan menyeronokkan untuk mengisi baki cuti sekolah dengan kenangan yang bermakna.

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah