[et_pb_section fb_built=”1″ _builder_version=”3.22″ custom_padding=”2px|||||”][et_pb_row _builder_version=”3.25″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat” custom_padding=”1px|||||”][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.25″ custom_padding=”|||” custom_padding__hover=”|||”][et_pb_text _builder_version=”3.27.4″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat”]
Percutian yang menyeronokkan bukanlah semata-mata bergantung kepada destinasi, tetapi ia juga melibatkan beberapa faktor lain. Contohnya tarikan yang ada, aktiviti yang boleh dilakukan serta individu yang turut serta dalam percutian terbabit.
Jadi, jangan sesekali memperkecilkan mana-mana destinasi percutian. Tak kenal, maka tak cinta kan? Jika anda sedang mencari destinasi percutian untuk merehatkan diri buat seketika, apa kata anda ke Kampung Janda Baik, Pahang.
Destinasi yang terletak kurang dari sejam pemanduan dari pusat bandar Kuala Lumpur ini menjanjikan sebuah percutian menyegarkan. Ini kerana Janda Baik masih kaya dengan alam semula jadi yang menghijau.
Kejernihan air sungainya sentiasa menggamit kedatangan tetamu kota. Dek kerana itu jugalah banyak resort serta chalet yang dibangunkan di sini.
Sama ada anda mahu bercuti secara solo, bersama teman-teman, mahupun seisi keluarga, kampung Janda Baik adalah tempat yang ideal. Tak perlu ambil cuti panjang, memadai dilakukan pada hujung minggu.
Persoalannya, di mana mahu bermalam? Maklumlah bukan sedikit penginapan yang tersedia di sini. Baiklah, salah satu penginapan yang boleh djadikan pilihan ialah eRYA by SURIA Janda Baik atau dahulunya dikenali sebagai Suria Hills Country House.
Berkonsepkan sebuah villa moden dengan sentuhan rumah kampung Melayu, hotel ini menjanjikan sebuah percutian yang cukup privasi. Tidur malam anda pasti lena kerana hanya 16 buah bilik yang tersedia.
Setiap bilik dilengkapi dengan televisyen berskrin rata, alat pendingin hawa, pemanas air dan kemudahan Wi-Fi percuma. Malah, penginapan di sini juga mesra Orang Kelainan Upaya (OKU).
Dengan keluasan 3 ekar , eRYA by SURIA Janda Baik turut dilengkapi dengan taman persendirian yang membolehkan tetamu menjalankan pelbagai aktiviti yang diingini seperti sukaneka, team-building dan BBQ.
Paling menguntungkan, sungai untuk mandi-manda hanya terletak di belakang hotel. Jadi, bolehlah berendam di sungai sepuas-puasnya.
Selain boleh mandi-manda di sungai, banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan. Jangan malu untuk bertanya petugas hotel. Inilah masanya untuk anda meneroka keindahan alam yang menggasyikkan.
Yer, anda ingin merehatkan diri daripada rutin harian yang membosankan, tetapi janganlah terperap di dalam bilik sahaja. Boleh berekreasi seperti trekking ke kawasan terjun, memancing atau memandu ATV (All-Terrain Vehicle) di kawasan perkelahan Pulau Santap.
Berikut cadangan itinerari 2 hari 1 malam yang boleh dijadikan panduan sebelum bermalam di eRYA by SURIA Janda Baik :-
Hari pertama
10.00 pagi – Bertolak ke Bentong Pahang untuk makan tengahari (atau brunch) di Lemang To’ki.
11.30 pagi- Tiba di Lemang To’ki . Boleh nikmati lemang dan rendang yang cukup popular atau masakan kampung yang membuka selera.
1.00 tengahari – Bergerak ke Kedai Kopi dan Ais Krim Kow Po untuk hidangan pencuci mulut (ais krim perisa mentega kacang di sini mesti dicuba).
1.30 tengahari – Bertolak ke Janda Baik untuk menginap di eRYA by SURIA Janda Baik.
2.30 petang – Tiba di eRYA by SURIA Janda Baik. Daftar masuk dan rehatkan diri seketika.
4.00 petang – Minum petang di hotel atau boleh ke kedai-kedai di kawasan kampung untuk menikmati hidangan kuih-muih tradisional.
5.00 petang – Mandi-manda di sungai yang terletak di belakang hotel.
6.30 petang – Balik ke bilik untuk berehat.
8.30 malam- Makan malam di hotel. Boleh adakan jamuan BBQ jika anda ke sini secara berkumpulan.
10.00 malam – Rehat
Hari kedua
8.00 pagi – Sarapan pagi di hotel
9.00 pagi – Trekking ke kawasan air terjun (ikut pakej yang disediakan pihak hotel)
11.00 pagi – Pulang ke hotel, rehat dan siap-siap untuk daftar keluar.
12.00 tengahari – Daftar keluar dan pulang ke Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut tentang eRYA by SURIA Janda Baik anda boleh melayari laman sesawang https://www.eryabysuria.com/hotels/janda-baik/
[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]