Vietjet secara rasminya telah memulakan penerbangan sulungnya antara Ho Chi Minh dan Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, menawarkan penumpang lebih banyak pilihan untuk perjalanan udara mampu milik antara dua bandar paling meriah di Vietnam dan Jepun.
Kini, dengan tujuh penerbangan pergi balik pada setiap minggu, pengembara boleh melakukan perjalanan dengan mudah antara Tokyo melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda dan Bandar Ho Chi Minh.
Penerbangan dari Ho Chi Minh City ke Tokyo (Haneda) berlepas pada jam 5.00 petang wanktu tempatan dan tiba pada jam 1.00 pagi keesokan harinya (waktu tempatan). Penerbangan pergi balik dari Tokyo (Haneda) ke Ho Chi Minh City berlepas pada jam 02:00 pagi dan tiba pada 06:10 (waktu tempatan).
Ini bermakna penumpang dari Kuala Lumpur mempunyai lebih banyak pilihan penerbangan untuk ke Tokyo dengan transit di Ho Chi Minh. Beroperasi setiap hari, penerbangan antara Kuala Lumpur dan Ho Chi Minh City akan memberikan penumpang lebih fleksibiliti dan laluan penerbangan alternatif ke Jepun.
Perkhidmatan penerbangan Tokyo (Haneda) – Ho Chi Minh City ialah laluan kedua Vietjet antara kedua-dua bandar tersebut, membentuk sejumlah tujuh laluan Jepun – Vietnam.
Vietjet mengendalikan penerbangan terus dari Tokyo (Narita dan Haneda), Osaka ke Ho Chi Minh City, Hanoi, Fukuoka, Nagoya ke Hanoi. Syarikat penerbangan itu juga mengendalikan penerbangan sewa dari Vietnam ke destinasi Jepun seperti Niigata, Shizuoka, Fukushima, Ehime, dan Wakayama.
Selain itu, syarikat penerbangan itu telah mengumumkan peningkatan ketara dalam kapasiti penerbangannya antara Vietnam dan Indonesia kepada 84 penerbangan mingguan mulai 12 Ogos, memenuhi peningkatan permintaan untuk perjalanan ke Bali.
Dengan perluasan penerbangan itu, Vietjet akan memperkenalkan lima penerbangan pergi balik setiap hari yang menghubungkan Ho Chi Minh dan Hanoi ke Bali. Pengembara juga akan mendapat manfaat daripada kemudahan sambungan terus antara Ho Chi Minh dan Jakarta, untuk pengalaman penerbangan yang lebih lancar bermula 5 Ogos hadapan.
Berita baik untuk anda yang sedang merancang percutian, sehingga 31 Disember hadapan, anda berpeluang memburu tiket untuk terbang ke Tokyo dan laluan antarabangsa Vietjet lain pada harga serendah RM120.
Tawaran ini hanya berlaku pada setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat di www.vietjetair.com dan aplikasi mudah alih Vietjet Air.
Ia sah untuk perjalanan antara 10 Ogos 2023 hingga 31 Mac, 2024. Anda juga boleh mengumpul bonus SkyPoints pada setiap penerbangan untuk menebus baucar dan perkhidmatan Vietjet daripada 250 jenama kegemaran.