Marriott Bonvoy melancarkan Marriott Bonvoy Wedding Showcase 2026 – The Journey Series, sebuah pameran perkahwinan berskala besar yang mengetengahkan konsep perkahwinan moden dan lebih peribadi di Malaysia.
Acara yang memasuki edisi ketiga itu dijadual berlangsung pada 25 dan 26 April ini di Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre, menghimpunkan pelbagai lokasi perkahwinan, trend terkini serta pakar industri dalam satu acara di bawah satu bumbung.

Menerusi kenyataan medianya, pameran berkenaan memberi tumpuan kepada perubahan landskap perkahwinan masa kini yang lebih menjurus kepada pengalaman unik dan ekspresi peribadi pasangan, berbanding sekadar penganjuran majlis tradisional.
Naib Presiden Pasaran Malaysia, Marriott International, George Varughese berkata, pameran itu direka untuk membantu pasangan merancang keseluruhan perjalanan perkahwinan mereka, daripada fasa lamaran hinggalah ke bulan madu.
“Perkahwinan hari ini bukan lagi sekadar acara, tetapi manifestasi kisah dan aspirasi pasangan. Kami mahu menyediakan platform yang membolehkan setiap pasangan mencipta pengalaman yang tersendiri,” katanya.
Pameran itu menampilkan tiga zon utama iaitu ‘Say I Do’, ‘Just Us Two’ dan ‘Ties That Bind’, yang masing-masing memberi fokus kepada resepsi perkahwinan, inspirasi bulan madu serta majlis intim bertemakan budaya.
Selain itu, lebih 23 lokasi perkahwinan di bawah portfolio Marriott Bonvoy turut diperkenalkan, merangkumi ballroom mewah, resort tepi pantai serta lokasi taman dan bandar, bagi memenuhi keperluan pelbagai konsep majlis.
Pameran berkenaan turut disertai barisan penyedia perkhidmatan perkahwinan tempatan, termasuk pereka busana, perancang majlis, jurugambar dan pakar dekorasi, sekali gus memudahkan pasangan mendapatkan perkhidmatan lengkap di satu lokasi.


Sebagai tarikan tambahan, pasangan yang membuat tempahan sepanjang acara berpeluang menikmati ganjaran eksklusif, termasuk peluang memenangi pakej perkahwinan bernilai sehingga RM150,000 serta pakej bulan madu ke destinasi seperti Thailand dan Bali.
Marriott Bonvoy memaklumkan, orang ramai digalakkan membuat pra-pendaftaran bagi mendapatkan akses awal ke pameran serta menikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan.

