Bagi pengembara Muslim, percutian bukan sekadar soal destinasi menarik dan gambar cantik untuk media sosial. Isu seperti makanan halal, waktu solat, arah kiblat dan penginapan mesra ibadah sering menjadi keutamaan sebelum membuat keputusan untuk melancong ke luar negara.

Di sinilah Tripfez tampil menawarkan solusi. Seiring dengan pertumbuhan pesat pelancongan halal di Malaysia dan peringkat global, Tripfez muncul sebagai antara agensi pelancongan yang benar-benar memahami keperluan pengembara Muslim moden.

Ditubuhkan di Malaysia, Tripfez membawa misi untuk memudahkan umat Islam mengembara ke seluruh dunia tanpa rasa waswas atau ragu.

Antara kelebihan utama memilih Tripfez ialah soal makanan. Kebimbangan mencari restoran halal di luar negara sering menjadi cabaran, namun Tripfez telah menyaring dan memastikan setiap destinasi dilengkapi dengan restoran halal yang dipercayai. Jadi, peserta tidak perlu lagi tercari-cari atau berteka-teki, cukup ‘bawa perut’ dan nikmati perjalanan.

Dari segi penginapan pula, Tripfez sangat menitikberatkan keselesaan dan kesesuaian untuk ibadah. Hotel yang dipilih bukan sahaja bersih dan selesa, malah mempunyai ruang bilik yang mencukupi untuk solat. Perkara ini mungkin nampak kecil, tetapi amat penting terutama bagi keluarga dan warga emas yang memerlukan keselesaan sepanjang perjalanan.

Blu Monkey Hub & Hotel Krabi Town merupakan salah satu mesra muslim yang menjadi pilihan Tripfez.

Jadual perjalanan yang ditawarkan juga tersusun dan realistik. Selaras dengan tagline mereka, “Your Muslim Travel Expert”, setiap itinerari dirancang dengan mengambil kira waktu solat, masa rehat, jarak perjalanan serta keseimbangan aktiviti. Hasilnya, percutian terasa lebih tenang, teratur dan tidak tergesa-gesa.

Tripfez turut memanfaatkan teknologi untuk memudahkan pelanggan. Melalui platform tempahan dalam talian, pengguna boleh menyemak pakej, maklumat hotel mesra Muslim serta perincian perjalanan dengan cepat dan mudah, sesuai untuk mereka yang gemar merancang percutian secara digital.

Lebih daripada sekadar agensi pelancongan, Tripfez menawarkan pengalaman percutian yang selamat, terjamin dan mematuhi prinsip syariah. Tambahan pula, Tripfez berdaftar secara rasmi dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), menjadikannya pilihan yang diyakini.

Jika anda seorang pengembara Muslim yang ingin meneroka dunia tanpa risau soal halal dan ibadah, Tripfez mungkin jawapan kepada percutian impian anda.

Untuk maklumat lanjut, layari: https://product.tripfez.com/

Share:
, , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah